.... Patutlah Bisnis Kadir Jasin Ke Laut | AAKJ



Ab Jalil Backer:

Idea Bangang Semua Kutipan GST Harus Diberi Semula Melalui BR1M

Pemberian BR1M adalah untuk membantu meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.

Ini berikutan langkah kerajaan menstrukturkan semula ekonomi supaya lebih mapan dan stabil melalui rasionalisasi subsidi barang keperluan dan pengenalan GST.

BR1M bukan satu alat untuk membantu anda hidup senang atau menghilang beban kehidupan anda. Ia hanya bertujuan membantu mengurangkan.

Manakala kutipan GST ialah satu instrumen baru percukaian dunia yang membolehkan kerajaan mempunyai pendapatan yang mencukupi bagi memberi khidmat kesihatan, keselamatan, pendidikan dan pembangunan infra seperti pengakutan awam, elektrik dan air.

Tanpa GST, kerajaan bergantung besar kepada harga komoditi dan galian seperti minyak yang mempunyai pasaran tidak menentu dan naik turun harga yang ganas.

Jadi adalah bangang jika kita mahu ambil semua kutipan GST dan diberikan semula melalui BR1M sehingga kerajaan tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk memberi perkhidmatan kesihatan, keselamatan, pendidikan dan pembangunan infra.

Pertambahan jumlah rakyat dan kemunculan pelbagai teknologi baru telah meningkatkan kos perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Instrumen dan kaedah pengurusan ekonomi lama sudah tidak relevan dan sesuai lagi.


Aakj: Kadir Jasin semakin bodoh. Patutlah bisnis dia bungkus, gagal dalam ilmu angka dan jahil dalam ilmu ekonomi.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top