.... PAS Pokok Sena Minta Mahfuz Letak Jawatan | AAKJ




Datuk Mahfuz Omar diminta agar meletak jawatan dan menyertai parti lain daripada terus menjadi ‘duri dalam daging’ dan mempergunakan jawatannya untuk mengkritik PAS.

Pemangku Yang Dipertua (YDP) PAS Kawasan Pokok Sena, Wan Romani Wan Salim berkata anggota parlimen pokok sena itu tidak perlu terikat dengan sumpah bai’ah parti kerana beliau telah banyak melakukan tindakan yang menunjukkan beliau bukan lagi anggota PAS.

“Menurut Fasal 11 (4) perlembagaan PAS, mana-mana ahli mestilah patuh pada perlembagaan parti dari semasa ke semasa. Justeru mana-mana ahli yang tidak patuh dengan keputusan parti, dia bukanlah ahli PAS walaupun dia mendakwa dirinya sebagai ahli,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mahfuz yang merupakan YDP PAS Pokok Sena sebelum ini mengisytiharkan dirinya bercuti selama sembilan bulan bermula 1 Feb hingga 30 Okt 2016, bagaimanapun beliau dilapor tidak menyambung tugasnya sebagai YDP selepas tempoh tersebut.

Setelah bermesyuarat, Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan kemudiannya mengeluarkan surat pemberhentian sebagai YDP dan AJK PAS Pokok Sena kepada Mahfuz pada November 2016, sebelum Wan Romani dilantik memangku jawatan itu sehingga kini.

Wan Romani berkata Mahfuz dilihat agak melampau apabila sering menggunakan kedudukannya sebagai Anggota Parlimen untuk mengkritik pemimpin dan dasar parti, kononnya mendapat mandat dan mewakili golongan bawahan.

“Dia cakap janganlah retorik, sebenarnya dia bertopeng saja, walau dia anggota pimpinan dan bekas pimpinan parti, syarat ahli mesti mematuhi perlembagaan PAS dan mestilah mengikut arahan parti dari semasa ke semasa.

“Sebagai anggota parlimen yang menang kerana kerja keras peringkat kawasan dan cawangan, dia sepatutnya patuh pada keputusan parti. Sepatutnya pemimpin yang tiada integriti tidak layak duduk dalam PAS,” katanya.



Mahfuz sebelum ini dilihat secara terbuka mengkritik dasar parti dan pemimpin PAS malah bekas baib presiden PAS itu juga sering dilihat berada sepentas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top