.... Najib Tidak Terbabit Saman Sivil DOJ | AAKJ



KUALA LUMPUR: Keputusan Peguam Negara menimbangkan untuk menghantar peguam pemerhati pada prosiding saman sivil difailkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) terhadap aset 1MDB, membuktikan Perdana Menteri tidak terbabit dalam kes itu.

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun, berkata ia adalah kerana kehadiran Peguam Negara dalam kes saman sivil itu adalah dalam kapasitinya mewakili Kerajaan Malaysia dan bukan mewakili Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri.

"Ini menunjukkan Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara akan cuba mendapatkan maklumat lanjut berhubung prosiding saman sivil itu.

"Itu sebabnya saya tidak diarahkan untuk bertindak bagi pihak Najib berhubung perkara ini. Kalau tidak, sudah tentu beliau (Najib) melantik peguam yang mungkin diarahkan ke AS sebagai peguam pemerhati dalam prosiding itu," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini.

Isnin lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan beliau sendiri atau pegawainya akan ke AS untuk mengikuti prosiding sivil itu.

Beliau berkata, sebuah firma guaman AS mungkin dilantik dan bersama-sama dengan pegawai kanannya atau bersama beliau untuk menghadiri prosiding itu. Apandi berkata, beliau akan berhubung dengan peguam di AS untuk membantunya mengenai prosedur untuk menghantar wakil Malaysia bertindak sebagai peguam pemerhati dalam prosiding itu kerana sistem kehakiman negara berkenaan berbeza dengan sistem di Malaysia.

Pada 21 Julai lalu, DOJ memfailkan saman sivil untuk menyita aset yang diperoleh menggunakan wang yang dikatakan digelapkan dari 1MDB.









bharian

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

    1. anak rosmah terlibat tak...ala..yang buat filem orang berzina tu..

      ReplyDelete

     
    Top