.... Minyak Masak Subsidi Malaysia Berlambak Dalam Pasar Tak Bai | AAKJ



ISU penyeludupan barangan yang diberi subsidi oleh kerajaan Malaysia telah berleluasa sejak dahulu lagi. Minyak masak paket satu kilogram (kg) keluaran Malaysia dijual secara lambakan di sebelah Thailand yang sekali gus menimbulkan persoalan bagaimana ia boleh dijual secara terbuka di situ.

Minyak masak paket satu kilogram masih lagi diberikan subsidi oleh kerajaan Malaysia dijual di Pasar Tak Bai pada harga antara RM4 hingga RM5.50 sepaket tetapi masih dianggap murah dan mendapat permintaan ramai khususnya penduduk tempatan.

Minyak masak paket dari Malaysia mendapat permintaan meluas di pasaran Thailand berikutan harganya yang dianggap masih lagi murah. Minyak soya keluaran Thailand tidak mendapat permintaan meluas berikutan harganya agak mahal iaitu RM6 untuk setiap 500 mililiter (ml) sebotol.

Minyak masak paket dari Malaysia dijual di Pasar Tak Bai, Thailand pada harga lebih murah dan mudah diperoleh di seberang sempadan Kelantan. Orang tengah dikatakan membawa minyak seludup tersebut melalui laluan air iaitu menggunakan perahu.

Malahan bekalan minyak masak Malaysia termasuk jenis paket 1 kg agak mudah didapati dan mereka tidak perlu risau kerana bekalan sentiasa ada untuk dijual.

Menurut sumber, tinjauan selama dua jam di pasar berkenaan mendapati lebih 10 kedai runcit menjual minyak masak paket bersubsidi serta minyak jenama tempatan dijual secara terbuka.

Untuk makluman bekalan minyak masak terutama yang paket satu kg di Kelantan sering berlaku kehabisan stok di pasar raya manakala di Tak Bai pula ianya dijual secara lambakan.

Persoalannya bagaimana minyak masak ini dijual di negara jiran, adakah melalui jalan yang sah atau penyeludupan.

Para peniaga mendakwa pintu sempadan Imigresen ditutup awal iaitu jam 6 petang menyebabkan ada antara mereka cuba membawa masuk pelbagai barang termasuk minyak masak melalui pangkalan haram. Oleh itu, pihak berkuasa perlu menilai kembali waktu operasi pintu sempadan kerana difahamkan aktiviti penyeludupan berlaku bermula sekitar jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) digesa agar menarik lesen syarikat atau pemborong sekiranya terbukti mereka bersekongkol dengan akviti penyeludupan minyak masak bersubsidi ke negara jiran.

Masih ramai pihak yang tidak bertanggungjawab di luar sana mengambil kesempatan atas sifat ihsan kerajaan Malaysia yang memberi subsidi kepada rakyat. Namun segelintir pihak masih memilih untuk mengecam dan memburukan negara.
PRU14.tv



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top