.... Matematik: Mahathir Mengaku Tidak Guna Sesen Pun Gajinya? | AAKJ



Kekayaan Mahathir dan keluarganya adalah sangat menakjubkan. Tidak syak lagi Mahathir cuba menerangkan hal ini dengan mengatakan dia tidak perlu untuk menghabiskan gaji bulanannya lebih 22 tahun kerana sebagai Perdana Menteri semuanya telah dibayar. 

Tetapi, jika Mahathir tidak menghabiskan satu sen pun dan menyimpan selama 22 tahun, dia tidak harus mempunyai lebih daripada RM20 juta, apatah lagi RM20 bilion atau RM100 bilion. Matematik bukan sekadar hanya campur tolak, yang bermaksud bahawa wang ini mesti datang dari tempat lain dan bukan dari penjimatan gajinya dan tidak membelanjakan sesen pun selama 22 tahun.

Kekayaan keluarga Daim dan Mahathir tidak mungkin datang dari sumber yang sah. Bagi Daim dan keluarga Mahathir untuk mempunyai wang sebanyak itu ia hanya boleh didapati dari kegiatan jenayah seperti rasuah dan penyelewengan dana. Persoalannya, berapa banyak yang telah disalahgunakan dari Bank Negara? RCI boleh mengesahkan ini dan jika perlu lakukan gerakan untuk mendapatkan kembali wang dari Daim, Mahathir dan anak-anaknya.

Hakikatnya bahawa Daim, Mahathir, ketiga anaknya adalah multi-jutawan bukannya satu rahsia. Seluruh dunia tahu perkara ini. Tetapi apa yang kita semua tidak tahu adalah dari mana datangnya jumlah berbilion ini selain dari Mahathir menjimatkan gajinya selama 22 tahun dan tidak membelanjakan sesen pun? Jika Mahathir menyimpan gajinya selama 22 tahun dan tidak membelanjakan sesen pun bermakna ada orang lain yang membayar untuk apa sahaja yang mereka miliki dan belanjakan, atau wang yang telah dicuri. Dan itu yang membuatkan Mahathir sebagai pencuri terbesar dalam sejarah Malaysia.


BACA seterusnya di SINI





Penafian: azmykelanajaya.com tidak bertanggung jawab ke atas mana-mana artikel yang diambil dari sumber asal. Pihak yang terbabit perlu tampil bersihkan dakwaan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top