.... Malaysiakini Dilarang Membuat Liputan Himpunan RUU355? | AAKJ



SUASANA di Padang Merbok semakin rancak dan meriah walaupun sudah masuk waktu Maghrib. Kira-kira 20 ribu penyokong Akta Mahkamah Syariah Bidang Kuasa Jenayah 1965 (Akta 355) telah hadir ke Himpunan 355 sejak awal pagi tadi.

Berbeza pula apa yang berlaku di Tasik Taman Jaya, Petaling Jaya. Para peserta Perhimpunan Tolak Akta 355 yang dianjurkan beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) hanya mampu bertahan selama kira-kira 2 jam 30 minit sahaja, bermula jam 3.00 petang.

Perhimpunan Tolak Akta 355 itu bertujuan jelas tidak mahu akta berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat.

Antara yang hadir menyatakan sokongan bangkangan terhadap akta melibatkan orang Islam itu sahaja adalah, ahli DAP baharu, Datuk Zaid Ibrahim, Naib Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong dan peguam Siti Kasim.

Walaupun hanya disertai kira-kira 100 orang dengan keadaan yang ‘suam-suam kuku’ itu, perhimpunan tersebut mendapat liputan meluas dari media-media pro pembangkang dan ‘atas pagar’.

Salah satu media yang paling ‘sibuk’ sekiranya ada penganjuran himpunan seperti ini sudah tentu tidak lain tidak bulan portal Malaysiakini.

Seperti kelaziman, portal yang mesra kepada pembangkang itu akan membuat liputan ala ‘VVIP’ kepada demonstrasi jalanan seperti Anti GST dan BERSIH.

Modus operandi yang mereka tidak akan tinggalkan acapkali adanya himpunan sebegitu adalah dengan mewar-warkan jumlah kehadiran peserta sepanjang tempoh berkenaan.

Ini bertujuan untuk memasakkan gambaran kepada rakyat yang tidak hadir bahawa usaha pembangkang telah berjaya dan begitu ramai rakyat Malaysia mahu melawan pihak Kerajaan.

Namun peliknya, perkara sedemikian tidak pula berlaku semasa Malaysiakini membuat laporan berita Perhimpunan Tolak Akta 355 ini?

Adakah pasukan Malaysiakini sudah kekurangan staf untuk membuat bancian dan kiraan sepertimana yang mereka suka lakukan semasa BERSIH?

Rakyat sebenarnya rindukan headline Malaysiakini yang kelaziman mereka lakukan seperti ‘100 Orang Hadir Bantah Akta 355’ atau mungkin ‘Akta 355 Tidak Diterima Di Malaysia, 100 Orang Hadir Bantah’.

Apapun, portal Tv14 menggesa agar portal Malaysiakini berlaku adil dalam membuat laporan, apatah lagi Perhimpunan Tolak Akta 355 itu ramai disertai oleh penyokong pembangkang, yang mana merupakan ‘peminat setia’ Malaysiakini. –Tv14

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top