Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyalahkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad atas apa yang didakwa beliau menyebabkan kelemahan kuasa politik Islam.

Hadi menegaskan kuasa politik Islam menjadi lemah walaupun negara ini terdiri daripada 65 peratus umat Islam manakala orang bukan Islam hanya 35 peratus.

"Namun kuasa politik Islam dalam keadaan yang sangat lemah. Puncanya ialah strategi perdana menteri yang lalu Tun Mahathir Mohamad yang mengambil strategi untuk menyingkirkan PAS.

"Yang mana strategi ini makan diri Umno dan makan diri Islam sendiri, yang perlu diperbetulkan oleh kita semua," katanya pada satu ceramah di Marang pada Jumaat lepas.

Rakaman video itu dimuat naik oleh Terengganukini.

Hadi berkata Mahathir melakukan strategi memecahkan kawasan pilihan raya, di mana kawasan yang mempunyai pengundi Islam lebih besar berbanding kawasan yang boleh dimenangi Umno.

"Apabila dipecahkan kawasan pilihan raya bagi menyingkirkan PAS, maka kawasan-kawasan di Terengganu, Kelantan, Kedah, utara Perak, yang kuat orang Islam, pengundi 80,000 hingga 100,000.

"Kawasan-kawasan yang Umno kuat, satu parlimen 20,000 hingga 30,000. Putrajaya 16,000. Tujuannya bagi memenangkan Barisan Nasional," katanya.

Oleh itu, Hadi berkata, Umno dan PAS perlu memperbetulkan keadaan itu bersama-sama.


Post a Comment Blogger

 
Top