Semalam Aakj ada menerbitkan artikel bertajuk "Siapa Kata Malaysia 'Merudum', Kelas Quran RM33,400 Sejam".

Maka sejak semalam, isu kelas mengaji Al-Quran dalam jet mewah yang kendalikan oleh johan qariah tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman hangat diperkatakan netizen di media sosial.

Isu ini menarik perhatian ramai memandangkan netizen terkejut dengan caj yang dikenakan hampir mencecah AS$7,500 (RM33,400) seorang bagi sejam penerbangan, manakala RM2,000 untuk mengaji di dalam jet tanpa diterbangkan ke mana-mana.

Susulan itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan perkhidmatan itu diadakan dan tidak kurang juga menyelar dengan menyifatkan satu perbuatan mengaut keuntungan dengan menggunakan agama yang melampau.

“Patut la masjid surau kosong lanie… pakat dok ngaji atas kapal terbang,” tulis KedahLanie.

“Ayat ringkas saya boleh cakapkan GILA,” tulis Jamil Zain.

“Nak mengaji ke nak terbang. Sempat ke??? Nak belajar mengaji biar belajar proper. Baru fokus,” tulis Nur ‘Adilah.

“Selain dari bangsa dan kuda menjadi Tunggangan.. Agama juga sekarang menjadi tunggangan bagi pihak yang terlalu mengejar dunia.. Nak buat Buku Maybe…. Kelakar kan,” tulis Faez Mahmod.

Difahamkan, kebanyakan pelanggan yang menempah perkhidmatan mengaji di awan ini terdiri daripada golongan kenamaan dan kerabat diraja susulan caj yang dikenakan boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Pelanggan juga boleh memilih pakej di dalam atau luar negara termasuk ke Timur Tengah, Arab Saudi, China mahupun Australia.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan servis yang dilakukan syarikat yang menguruskan jet peribadi, Elite Jets Sdn. Bhd. dengan kerjasama Sharifah Khasif Production Sdn. Bhd ini adalah ‘bidaah’.

“Ini bidaah (pembaharuan yang bercanggah dengan agama Islam).

“Dia berilmu tetapi bukan bermakna boleh dengan meniagakan Al-Quran.

“Ini semua mengarut. Banyak lagi cara untuk kita belajar baca Al-Quran. Adakah Al-Quran diniagakan hingga nak jadi jutawan?” ujarnya kepada dihubungi Mynewshub di sini hari ini .

Harussani bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut perihal isu ini memandangkan kesihatannya tidak mengizinkan.

Difahamkan, pesawat yang bakal digunakan untuk kelas mengaji ini adalah jenis Falcon 2000 yang bernilai AS$21 juta (RM93.4 juta) – MYNEWSHUB




Post a Comment Blogger

 
Top