.... Kehadiran Mahathir Disambut Ejekan 'Firaun' Di Konvensyen Reformis Malaysia | AAKJ




Kemunculan mengejut bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di konvensyen Reformis Malaysia mendapat sorakan dan ejekan.

Beliau tidak disenaraikan dalam aturcara konvensyen itu, tetapi beliau tiba ketika sesi panel pertama sedang berlangsung dan secara tidak sengaja mengganggu ucapan moderator panel itu.

Hadirin, selepas menyedari kemunculannya memasuki dewan, terus mula melaungkan "Reformasi" dan "Bebas Anwar" dan ada yang meluangkan "Firaun".

Moderator panel itu berjaya mententeramkan para hadirin dan kemudian menyambung semula sesi panel itu.

Anwar yang merupakan timbalan perdana menteri kepada Mahathir, telah dipecat dari kerajaan dan sebagai timbalan presiden Umno pada tahun 1998 dan kemudian telah dipenjarakan atas tuduhan liwat.

Penyokong Anwar telah lama menyalahkan Mahathir berhubung perkara tersebut.

Pergerakan Reformasi, yang dimulakan oleh Anwar selepas beliau dipecat, bermula pada tahun 1998 sebagai kempen menyeru perletakan jawatan Mahathir dan memerangi rasuah dalam kerajaan.

Terdahulu, dalam konvensyen itu yang dihadiri oleh ramai penyokong gerakan Reformasi, beberapa hadirin telah menyuarakan sentimen anti-Mahathir sebagai respons terhadap ucapan-ucapan lain yang menyebut Mahathir.

sumber

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top