.... Jirat Cina Di 'Kampung Melayu': Azmin Ali Enggan Layan? | AAKJ



Lebih 50 penduduk mewakili lima buah kampung di sekitar Kampung Felda Bukit Cherakah, Jeram dekat sini sekali lagi menyuarakan rasa kecewa terhadap Kerajaan PKR Selangor dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berhubung isu pembinaan perkuburan bukan Islam.

Timbalan Pengerusi Gerakan Masyarakat Prihatin, Kamaruddin Abdul Karim berkata, pihaknya kesal kerana sehingga sekarang Mohamed Azmin tidak pernah turun padang berjumpa dan mendengar sendiri rintihan penduduk tentang isu tersebut.

“Walaupun isu pembinaan perkuburan bukan Islam ini telah diperkatakan umum dan penduduk juga membuat bantahan, namun kita kesal sehingga hari ini tiada wakil atau mana-mana pihak bertanggungjawab tampil.

“Oleh itu, kita telah menghantar satu memorandum bantahan kepada wakil istana yang juga Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani semalam untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, Selasa.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top