.... Jangan Jadikan Kematian 8 Remaja di Johor Sebagai Api Perkauman | AAKJ





Amin YatimBenarkah Polis Bias? Jangan Jadikan Kematian 8 Remaja di Johor Sebagai Api Perkauman

Beberapa pihak sudah mula mengambil kesempatan meniup api perkauman dalam kes seorang wanita berbangsa cina melanggar sekumpulan budak-budak Melayu yang berlumba basikal atas jalan raya di Johor Baharu beberapa hari lalu.

Terdapat dakwaan bahawa Polis dan Kementerian Dalam Negeri cuba menutup kes dan membebaskan wanita tersebut sesuka hati kerana anak seorang peniaga besar Cina di Johor. Ada sampai berhujah kerajaan cuba melindungi wanita ini kerana mahu menjaga hati kaum Cina.

Dakwaan ini bukan sahaja tidak benar, malah tidak masuk akal. Sungguhpun ada teguran dan kritikan dari pihak berkuasa, pemimpin politik dan orang ramai mengenai sikap remaja yang menunggang basikal secara semberono pada waktu dinihari (jam 3 pagi) ia bukan bermakna satu usaha menutup kesalahan pemandu yang melanggar jika ada.

Tragedi ini boleh dielakkan jika semua orang memainkan peranan di jalan raya. Menunggang basikal pada waktu malam tanpa lampu dan pakaian keselamatan yang sepatutnya boleh mewujudkan situasi merbahaya kepada pengguna jalan raya lain.

Polis telah membuka kertas siasatan. Kedua-dua pihak berhak mendapat keadilan mengikut lunas undang-undang negara bukan undang-undang media sosial.

Berikut kami siarkan padangan dari seorang pembaca:

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ingin saya utarakan sedikit pendapat bersabit kes 8 kanak-kanak berbasikal yang dilanggar mati di JB baru-baru ini. Walaupun orang ramai hendak komen apa sekalipun, kes tersebut masih belum selesai siasatannya dan semua aspek siasatan masih dalam tindakan pakar masing2 dan pihak polis masih menunggu laporan2 pakar tersebut seperti:

1) Laporan pemeriksaan Ahli Kimia;
2) Laporan pemeriksaan PUSPAKOM;
3) Laporan siasatan Forensik;
4) Laporan Postmortem; serta
5) Mengesan saksi2 yang cakap mereka berada di tempat kejadian tetapi hanya membuat kenyataan di dalam media sosial dan tidak mahu pula tampil ke depan untuk memberi keterangan kepada pihak berkuasa.

6) Pencarian bukti2 sampingan untuk memperkukuhkn siasatan supaya Mahkamah tidak silap membuat penilaian dan keputusan dalam perbicaraan nnti (sekiranya pihak Pendakwaraya membawa kes ini ke mahkamah) kerana pihak yang kena tuduh nanti pasti mendapatkan khidmat guaman untuk mencari kelemahan siasatan polis, walau sebesar kuman untuk memastikan kes yang akan dibicarakn nanti ditolak oleh mahkamah;

7) Semua laporan2 pakar tersebut bukan dibuat oleh polis tapi dari jabatan2 lain, jadi polis kena tunggu laporan2 tersebut yang mengambil masa yang lama dan teliti utk dibuat bagi memastikan tiada kesilapan dalam pemeriksaan dan kajian mengikut bidang kepakaran masing2, dan polis pula tidak boleh mendesak para doktor pakar, ahli2 kimia dan jurutera2 tersebut untuk buat pemeriksaan dan keputusan dengan pantas dan tergesa-gesa kerana takut ianya dibuat secara lebih kurang dan tak teliti hanya kerana nak cepat. Jika ini berlaku maka keadilan sebenar tak dapat dicapai dalam siasatan dan pendakwaan nanti di mana boleh berlaku pengainiayaan kerana tiada fakta betul2 tepat dikemukakan dalam perbicaraan. Kita tidak mahu berlaku slip shot investigation.

Kenapa pemandu kereta itu dibebaskan sementara dengan jaminan polis?

Jawapannya ialah itu adalah kehendak undang-undang seperti yang termaktub dalam Kanun Tatacara Jenayah dan Perlembagaan Persekutuan yang khusus dalam perkara hak asasi manusia.

Seseorang rakyat yang ditahan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah, undang-undang itu sendiri dan Perlembagaan Persekutuan mewajibkan pihak polis membebaskannya dengan diikat jamin tanpa sebarang kelewatan lagi apabila selesai sahaja smua proses siasatan dijalankan terhadap orang yang kena tahan tersebut (OKT).

Contohnya apabila keterangan OKT selesai dirakam, spesimen darah dan urin OKT selesai diambil, dokumentasinya selesai dibuat, pihak polis sudah tiada alasan lagi utk terus kekalkn tahanan reman dalam lokap. Jika terus ditahan lokap juga maka ia menjadi satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan sebagai Tahanan Salah dan OKT berhak mendapatkan perintah Habeas Corpus di bawah Perlembagaan Persekutuan.

OKT hanya tidak boleh dibebaskan dengan jaminan bagi kes2 yang hukumannya ialah hukuman mati mandatori seperti kes bunuh di bawah Sek 302 Kanun Keseksaan, Sek 39B Akta Dadah Berbahaya kerana mengedar dadah dan kes2 yg hukumannya adalah penjara seumur hidup.

Dlm kes kemalangan maut di JBS itu, kes disiasat di bawah Sek 41(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu kenderaan secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian. Hukumannya jika disabit kesalahan bukanlah hukuman mati dan bukan penjara seumur hidup, jadi pihak polis tidak boleh terus menahannya dalam lokap lagi kerana siasatan terhadap OKT telah selesai serta tiada sebab yang munasabah lagi untuk terus menahannya sehingga mencabul Hak Asasi Manusia dalam Perlembagaan Persekutuan.

Terdapat seorang Peguam dalam posting Facebook beliau yang menyatakan kenapa pemandu tersebut tidak disiasat di bawah Sek 304 Kanun Keseksaan?

Harus diingat, prinsip undang-undang menetapkan sesuatu kesalahan yangg dilakukan mesti disiasat dan dituduh mengikut undang2 khusus (specific law) bagi kesalahan tersebut. Dalam kes ini kejadian yang berlaku ialah kemalangan maut di atas jalanraya, maka undang2 yg mesti digunapakai ialah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kesalahan trafik adalah Quasi Criminal dan bukan outright criminal case kerana ketiadaan elemen Mens Rea, niat jahat, yang ada hanya Actus Reus, perlakuan.

Kes jenayah pula perlu dibuktikan kedua-dua elemen Mens Rea dn Actus Reus yakni kewujudan niat jahat dan perlakuan salah.

Sebab itulah pihak polis yang mengikut peraturan menyiasat kes tersebut di bawah APJ dan bukannya KK.

Pihak polis juga dikatakan ‘bias’ atau berat sebelah dalam siasatan?

Polis menjalankan siasatan dengan telus dan tiada berkepentingan kerana semua hasil siasatan polis akhirnya akan dikemukakan kepada Yang Arif Timbalan Pendakwaraya untuk semakan, penelitian, kajian, arahan siasatan lanjut jika perlu dan keputusannya.

Ini bererti jika berlaku siasatan yang ‘bias’ maka YA TPR dapat mengesannya dan mengarahkan siasatan semula atau siasatan lanjut memperbetulkan keadaan. Berlaku doctrine of check and balance di sini. Jadi pihak polis tidak boleh ‘bias’ dalam siasatan seperti yang didakwa oleh peguam berkenaan.

Kalau pun polis ‘bias’ dan YA TPR pun ‘bias’ maka Mahkamah diberi kuasa dalam undang-undang Kanun Tatacara Jenayah untuk pinda ke pertuduhan yang sebenar2nya betul sebelum perbicaraan kes tersebut dimulakan.

Di Malaysia, kita mengamalkan sistem Separation of Powers dalam mengamalkan doktrin Check and Balance bagi mencapai tahap keadilan yang tinggi.

Berkaitan dengan dakwaan-dakwaan rambang yg ditularkan (viral) dalam media sosial sekarang ini berkaitan tindakan2 dan siasatan2 polis?

Pihak polis yang menjalankan siasatan terperinci kes kemalangan tersebut dan bukan dilaksanakan oleh pihak-pihak yang membuat dakwaan-dakwaan rambang yang mengelirukan dan menanam sentimen atau bibit2 yang negatif.

Pihak2 tersebut membuat komen-komen dan persepsi negatif hanya melalui ‘wild presumption’ atau ANDAIAN, BUKAN DENGAN FAKTA SEBENAR kerana mereka tidak terlibat langsung dalam siasatan dan pengumpulan maklumat2 kejadian.

Macam mana boleh bagi komen yang betul jika mreka tiada maklumat yang tepat dan betul?


Perbuatan ini hanya mengelirukan masyarakat sebetulnya.

Masyarakat harus sabar tunggu selesainya hasil siasatan dahulu sebelum mempercayai tuduhan-tuduhan atau komen-komen liar individu2 yang tidak ada fakta sebenar sebaliknya sebahagian besar komen-komen hanya dibuat berdasarkan andaian saja.

Fakta sebenar akan diperjelaskan dalam perbicaraan di Mahkamah nanti, kerana Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa perkembangan siasatan hanya boleh dimaklumkan kepada orang yang ada hubungkait atau peguam yang mewakili orang-orang terlibat dalam kes yang sedang disiasat itu sahaja.



Terima kasih.⁠⁠⁠⁠

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top