MUNGKIN ramai yang tidak menyedari berkenaan proses sebenar penubuhan Pasukan Petugas Khas untuk menyiasat isu yang memerlukan perhatian khusus seperti beberapa skandal yang membabitkan kepentingan rakyat dan negara.

Semalam kerajaan telah bersetuju untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing (forex) oleh Bank Negara pada 1990an. Keputusan itu dibuat selepas mesyuarat kabinet.

Tahukah anda bahawa beberapa tahun yang lepas satu Pasukan Petugas Khas ditubuhkan dengan mengunakan isu 1Malaysia Development Berhad(1MDB) bagi mengulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak?

Pasukan Petugas tersebut kononnya telah ditubuhkan dua bulan selepas kertas pertuduhan untuk menangkap Najib dibuat. Mereka memberi alasan yang Pasukan Petugas telah ditubuhkan untuk menyiasat kisah Wall Street Journal (WSJ) mengenai 1MDB.

Sebenarnya Pasukan Petugas itu telah ditubuhkan sebelum cerita WSJ timbul. Jadi bagaimana mereka boleh mengatakan yang Pasukan Petugas telah ditubuhkan sebagai tindak balas kepada kisah WSJ sedangkan cerita WSJ itu dibuat selepas penubuhan Pasukan Petugas? Dan sejak bila pula Pasukan Petugas Khas ditubuhkan sebagai tindak balas kepada laporan akhbar?

Namun inilah hakikat perbezaan besar cara penubuhan pasukan Petugas Khas yang membabitkan isu sebenar dan isu yang direka untuk menganiaya pihak yang menjadi sasaran mereka yang berniat jahat.

Kini terbukti segala dakwaan dan fitnah yang membabitkan 1MDB dengan Perdana Menteri hanya merupakan tohmahan jahat Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Ketua Bahagian PPBM Langkawi. Wang RM42 bilion hilang seperti yang didakwa oleh Mahathir tidak wujud sama sekali. Dalam perkara ini, Mahathir sejak dari mula telah berganding bahu dengan pembangkang dalam usaha merealisasikan agenda beliau.

Pasukan petugas khas Forex Bank Negara pula ditubuhkan mengikut proses yang betul. Mereka akan mengemukakan syor dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh Kabinet dalam tempoh terdekat dan tindakan selanjutnya termasuk penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) jika perlu berdasarkan hasil siasatan itu nanti.

Tindakan kerajaan itu membuktikan komitmen dan ketelusan bagi memastikan urusan Bank Negara pada ketika itu dijalankan mengikut urus tadbir yang ditetapkan. Kerajaan akan sentiasa terbuka dan telus dalam siasatan itu memandangkan ia melibatkan Bank Negara Malaysia dan dikatakan skandal kewangan terbesar.

Penubuhan pasukan petugas khas Forex ini merupakan langkah permulaan bagi mendapatkan semula fakta-fakta yang berkaitan – menganalisis semua Hansard rasmi mesyuarat-mesyuarat Parlimen pada masa itu, minit-minit Mesyuarat Kabinet yang terdahulu, laporan Ketua Audit Negara, Bank Negara Malaysia dan laporan-laporan lain daripada agensi-agensi yang berkenaan.

Dengan itu jumlah kerugian sebenar dan sama ada terdapat salah laku tatacara pentadbiran kewangan serta adanya tindakan pihak tertentu untuk menutup apa yang sebenar berlaku dari pengetahuan rakyat Malaysia selama ini akan didedahkan kepada umum.

Mahathir adalah perdana menteri ketika aktiviti Bank Negara dalam pasaran tukaran mata wang asing yang menyebabkan kerugian berbilion ringgit. Aktiviti tersebut dikatakan menyalahi prinsip asas Bank Negara yang menjaga keselamatan dana negara bukannya memperjudikan dalam tukaran matawang asing dunia.

Dalam isu penubuhan Pasukan Petugas Khas ini, PRU14.tv terpanggil untuk menjelaskan berkenaan perbezaan tersebut bagi membolehkan rakyat menilai dengan lebih jelas berdasarkan maklumat yang lebih komprehensif.



– PRU14.tv


Post a Comment Blogger

 
Top