.... Azmin Tidak Tahu Wabak Kencing Tikus Serius Di Selangor? | AAKJ




Seperti yang sedang viral di laman sosial whatsApp dan medium internet yang lain. Apakah Azmin Ali tahu mengenai perkara yang amat serius ini? Sibuk benar beliau dengan isu politik hinggakan masalah kesihatan rakyat Selangor seperti 'disampahkannya'.

Senarai di bawah kononnya dikatakan dari Bilik Gerakan Kawalan Penyakit,Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

Harap pihak berwajib dapat mengesahkan dengan kadar segera.

Lokaliti Wabak Tidak terkawal dan Hotspot dalam daerah Hulu Langat minggu ini:

1.Jalan Intan Taman Sri Nanding,Hulu Langat (8 Kes)
2.Jalan Sungai Lalang,Semenyih (6 Kes)
3.Taman Bukit Kajang Baru,Kajang (7 Kes)
4.Jalan Prima Saujana 2 Taman Prima Saujana,Kajang (11 Kes)
5.Jalan Suadamai 6 Bandar Tun Hussein Onn,Cheras (5 Kes)
6.Taman Sakap Kajang,Kaajang (7 Kes)
7.Jalan Cp 5 Taman Cheras Perdana,Cheras (14 Kes)
8.Jalan Pahlawan Bandar Mahkota Cheras,Cheras (4 Kes)
9.Taman Desa Seroja,Kajang (9 Kes)
10.Jalan 3/7-12 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi,Kajang (8 Kes)
11.Pangsapuri Suria Taman Kajang Utama,Kajang (5 Kes)
12.Appt Sutera Taman Kajang Utama,Kajang (5 Kes)
13.Taman Sahabat,Semenyih (6 Kes)
14.Jalan Impian Gemilang Saujana Impian,Kajang (6 Kes)
15.Jalan Putri Jaya 11-23 Taman Putri Jaya,Cheras (7 Kes)
16.Jalan 3/13-3/26 Seksyen 3 Taman Kajang Utama,Kajang (5 Kes)
17.Jalan Kesuma 5/12 Bandar Tasik Kesuma,Beranang (4 Kes)
18.Taman Titiwangsa,Hulu Langat (11 Kes)
19.Jalan Puncak Saujana 4 Taman Puncak Saujana,Kajang (11 Kes)
20. Jalan Tps 3 Taman Pelangi Semenyih,Semenyih (3 Kes)
21.Seksyen 1 Bandar Teknologi,Kajang (8 Kes)
22.Appt Sri Ayu Seksyen 4 Bandar Baru Bangi,Kajang (7 Kes)
23.Jalan Dp 1 Bandar Damai Perdana,Cheras (11kes)
24.Jalan Delima 1-6 Taman Delima,Kajang (7 Kes)
25.Taman Sungai Jelok,Kajang (14 Kes)
26.Rumah Kongsi Setia Ecohill Semenyih,Semenyih (8 Kes)
27.Jalan Persiaran Damai Taman Kajang Utama,Kajang (4 Kes)
28.Appt Taman Impian Indah,Cheras (27 Kes)
29.Appt Jalan Penghulu Bandar Mahkota Cheras,Cheras (8 Kes)
30.Jalan Taming Kiri Taman Taming Jaya,Cheras (18 Kes)
31.Appt Taman Anggerik Villa,Kajang (9 Kes)
32.Jalan Cp 7 Taman Cheras Perdana,Cheras (12 Kes)
33.Jalan 1 Taman Juara Jaya,Cheras (5 Kes)
34.Jalan Tkp 1-14 Taman Kantan Permai,Kajang(6 Kes)
35.Pangsapuri Delima Taman Pinggiran Delima,Hulu Langat (10 Kes)
36.Appt Bayu Suria Taman Impian Ehsan,Cheras (9 Kes)
37.Jalan Shahbandar 1/5-9/5 Bandar Mahkota Cheras,Cheras (5 Kes)
38.Appt Sri Melati Seksyen 3 Bandar Sri Putra,Kajang (10 Kes)
39.Appt Sri Exora Taman Sepakat Indah,Kajang (14 Kes)
40.Appt Taman Prima Cempaka,Kajang (26 Kes)
41.Taman Anggerik Perdana,Kajang (24 Kes)
42.Pangsapuri Vista Perdana Bandar Teknologi,Kajang (19 Kes)
43.Jalan Kempas Taman Impian Ehsan,Cheras (11 Kes)
44.Pangsapuri Cheras Utama,Cheras (12 Kes)
45.Seksyen 4 Bandar Teknologi,Kajang (18 Kes)
46.Taman Sri Kejora,Kajang (7 Kes )
47.Jalan Bm 6/C Bandar Bukit Mahkota,Kajang (32 Kes )
48.Jalan Cj 4 Taman Cheras Jaya,Cheras (12 Kes )
49.Jalan 1/10-1/16 Taman Sri Timah,Cheras (19 Kes )
50.Appt Seri Pulai Taman Balakong Jaya,Cheras (11 Kes)
51.Taman Sri Raya,Cheras (16 Es)
52.Jalan Dp 4 Bandar Damai Perdana,Cheras (17 Kes)
53.Taman Bangi Indah,Kajang (25 Kes)
54.Jalan Tkp 15-25 Taman Kantan Permai,Kajang (18 Kes)
55.Appt Kenari Taman Impian Ehsan,Cheras (19 Kes)
56.Lorong Aman Taman Kajang Utama,Kajang (13 Kes)
57.Appt Sri Lavender Taman Sepakat Indah,Kajang (33 Kes)
58.Jalan 1-8 Taman Bukit Mewah,Kajang (15 Kes)
59.Taman Kajang Mewah,Kajang (16 Kes)
60.Taman Sri Bahagia,Cheras (18 Kes)
61.Jalan 3/23-28,3/35-37 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi,Kajang (54 Kes)
62.Jalan Saga 20-28 Taman Saga,Ampang (7 Kes)

Drpd:Bilik Gerakan Kawalan Penyakit,Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat

Manakala Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan situasi terkini kejadian jangkitan saluran pernafasan di Tanah Merah Kelantan, susulan daripada Kenyataan Akhbar Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan bertarikh 9 Februari 2017 dan laporan pihak media. Pemantauan ke atas kejadian kluster jangkitan saluran pernafasan ini dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat sedang dilakukan secara rapi oleh KKM dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Sehingga 12:00 tengah hari 10 Februari 2017, bilangan kes yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan pernafasan masih kekal seramai 12 kes, iaitu enam (6) orang masih mendapat rawatan di hospital (keadaan stabil), seorang telah meninggal dunia dan lima (5) kes lagi mendapat rawatan pesakit luar (gejala ringan). Tiada kes baru yang dikesan dalam kalangan ahli keluarga yang menghadiri perjumpaan keluarga di Kajang, Selangor, mahupun kontak yang lain.

Setakat ini juga, tiada kes baru dikesan dalam kalangan masyarakat dan orang ramai dinasihatkan agar tidak panik. Tambahan pula, tiada peningkatan kes berkaitan jangkitan saluran pernafasan dikesan termasuk di Negeri Kelantan dan Selangor. Penyiasatan setakat ini tidak mendapati sebarang kaitan dengan kejadian penyakit di kalangan haiwan. Oleh itu, kejadian ini merupakan kluster jangkitan saluran pernafasan yang terpencil. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan sebarang berita yang tidak sahih berkaitan kejadian ini serta mengikuti perkembangan yang dikeluarkan dari masa ke semasa oleh KKM.

Seperti juga jangkitan-jangkitan lain, pihak hospital kebiasaannya akan menjalankan ujian sampel klinikal, misalnya ujian kultur dan ujian serologi untuk mengesahkan punca jangkitan. Keputusan ujian-ujian sampel klinikal sememangnya mengambil masa untuk diproses dan disahkan. Pihak hospital yang berkenaan masih sedang memproses keputusan ujian sampel yang lain, namun ini tidak bermakna jangkitan pernafasan ini adalah penyakit misteri.
KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mengamalkan etika batuk dan bersin serta kebersihan diri, terutamanya semasa berada di tempat awam. Sekiranya mengalami batuk dan demam, masyarakat diminta mendapat rawatan di kemudahan kesihatan terdekat.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top