.... Azmin Ali Tiada Aplikasi 'WhatsApp' | AAKJ




SHAH ALAM: Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Mat Shuhaimi Shafie menafikan Mohamed Azmin Ali hanya bergurau berhubung dakwaannya ada menteri kanan akan meletak jawatan.

Mat Shuhaimi berkata, cetakan skrin kononnya perbualan Azmin yang kini tersebar adalah tidak benar kerana Menteri Besar Selangor itu tidak mempunyai aplikasi WhatsApp dalam telefon bimbitnya.

"Ini sudah masuk fasa fitnah oleh pihak-pihak tertentu pula ni, ...itu budak-budak nakal mana yang create (cipta)," katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda.

"Menteri Besar tiada WhatsApp. Cetakan skrin itu pun sudah tak betul. Saya lebih tahu gaya bahasa dia (Azmin)," katanya ketika dihubungi.

Ditanya adakah kenyataan Azmin mengenai menteri kanan itu benar, Mat Shuhaimi menjawab ringkas: "Betul," tetapi tidak mengulas lanjut.

Semalam, Mohamed Azmin, melalui Twitter, membuat kenyataan "Benarkah ada seorang Menteri Kanan telah meletakkan jawatan? Khabarnya beliau tidak mahu bersubahat dengan 1MDB. Cuba ikuti perkembangan".



Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top