.... Video Dedahkan Hillary 'Tangkap' Bill Clinton Menggatal | AAKJ



KETIKA semua mata tertumpu kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-45, Donald Trump pada majlis angkat sumpahnya Jumaat lalu, namun lain pula yang menarik perhatian bekas presiden Bill Clinton.

Tindakannya yang khusyuk memerhatikan anak perempuan Trump iaitu Ivanka Trump ‘ditangkap’ sendiri oleh isterinya, Hillary Clinton yang juga merupakan seteru Donald Trump pada pemilihan presiden berlangsung November lalu.

Aksi Bill itu sempat dirakam jurukamera yang mana perbuatan ‘mata keranjangnya’ itu turut disedari Hillary yang sempat menoleh ke arah suaminya.

Hillary membuat mimik muka seolah-olah ‘tak pernah berubah suami aku ni’ sekali gus menjadikan video ini antara yang tular di media sosial sejak Jumaat lalu.

Sampai ke sudah Bill tidak berkelip atau menoleh ke arah lain sewaktu Melania membuat kemunculannya pada majlis ‘pertabalan’ suaminya sebagai presiden bagi menggantikan Barack Obama.

Bill, presiden AS yang ke-42 berkhidmat dari tahun 1993 hingga 2001.

Ketika di zaman pemerintahannya, Bill terlibat skandal seks dengan pekerja Rumah Putih iaitu Monica Lewinsky sehinggakan menjadi topik hangat media antarabangsa seluruh dunia. – MYNEWSHUB



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top