.... "Ulat Taik Berkeliaran" Di Hospital Kerajaan? | AAKJ



Kena kaji semula status penjawat awam. Bekerja sebebasnya sambil menghentam majikan sendiri atau taat kepada majikan yang menyuap mereka dan anak pinak mereka. 

Mungkin sesuai dikembalikan panggilan "Kakitangan Kerajaan" - ianya lebih dekat atau lebih tepat kerana mereka bekerja dengan kerajaan yang memerintah saat itu.

Mana-mana pekerja kerajaan yang bersikap talam dua muka maka boleh dipecat dalam masa kurang 24 jam setelah melalui proses siasatan yang ringkas dan padat. Tidak perlu masa yang lama untuk buktikan banjingan yang gigit tangan yang menyuap mereka dan anak pinak mereka.

Banyak lagi hospital swasta yang boleh mereka pilih sekiranya mereka dibuang dengan kemahiran yang mereka ada walaupun hanya sebagai tukang masak yang menyalahkan kerajaan dengan otak politik dangkal.

Baca juga: Bekas Pengarah Kesihatan Pahang Kutuk PM Najib

Dari status facebook Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
#PENJAWAT_AWAM_YANG_KHIANAT

Semalam saya duduk di pantry dengan MO saya ketika waktu petang.

Saya masuk untuk minum petang sat dan nampak disediakan untuk saya 3 potong kuih oleh pihak dapur hospital.


Di atas meja kelihatan masak lomak cili api, lauk makanan tengahari tadi yang masih ada. Siap ada seekor ikan keli lagi yang kelihatan sungguh menyelerakan.

Memandangkan saya kenyang pada ketika itu, saya bercadang hanya untuk menjamah kuih saja.
Pada ketika itu MO saya turut serta bersama saya.

Saya pun jamah kuih tersebut tapi rupa2nya ia keras dan rapuh seperti biskut. Jadi saya pun tak jadi makan.

Saya pun merungut kepada MO saya, "Keras betul kuih ni. Kenapa tak sedap macam ni?"

Lalu MO saya yang turut merasa setuju ianya keras dan tak empuk.

Kemudian saya mengalih mata melihat masak lomak cili padi dengan ikan keli seekor yang terendam dengan begitu menggiurkan itu.
Mmg merecik la tengok....

Saya pun tanya MO saya kenapa tak habis depa makan? Memang diet disediakan utk doktor oncall.

Kemudian MO saya berkata, "Boss, lauk2 dapur kita sekarang tak sedap."

Saya pun ambil sesudu dan rasa. Memang kurang garam sikit la, nama pun diet hospital. Tapi ok je boleh makan sepatutnya.

"Dulu lagi sedap ka?" Saya tanya.

"Dulu sedap boss. Saya ada tanya tukang masak, kenapa sekarang tak berasa masakan dia. Diorg kata, sekarang kerajaan takde duit. So masakan pun tak sedap," kata MO saya.

Saya terdiam seketika sambil melihat diet yang dibekalkan. Ada seekor ikan keli masak lomak cili api, sayur2, buah dan nasi. Kejadah apa kerajaan takde duit?!!!

Sendiri masak tak sedap, blame kerajaan? Takkan kerajaan takde duit nak beli garam?

Kemudian perasaan marah saya malap. Kerana saya dapat mesej di whatsapp saya, sebuah printscreen status. Ada bekas pengarah kesihatan negeri buat status2 yang menggunakan hujah2 persepsi dan bodoh untuk menghentam kerajaan dan PM termasuk statement2 fitnah Rafizi diimani.

Kalau boss2 level tinggi penjawat awam pun benci kerajaan, staf2 bawahan lagi lah bersikap api dalam sekam.
Buat onar, dan tutup onar tersebut dengan menyalahkan kerajaan takde bajet/duit.

Penjawat2 awam seperti ini bukan membantu kerajaan dan percaya pada dasar2 kerajaan. Mereka sebenarnya khianat kerana bersikap harapkan pegar, pegar makan padi.

#kerajaan_takde_duit 😝

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top