Terkini, Nasi Lemak Bawah Rumah pula menjadi perhatian orang ramai. Tanyalah orang Terengganu, lebih-lebih lagi penduduk disekitar Kuala Terengganu tentang nasi lemak bawah rumah.

Kebanyakannya tahu dan mengemari keenakkan rasa lemak nasi dan pedas manis sambal ikan tongkolnya. Ianya menjadi pilihan penduduk setempat jika mahu menikmati santapan lewat malam.

Kedai Nasi Lemak Bawah Rumah terletak di Jalan Pasir Panjang, Kampung Gelong Bilal, 21100 Kuala Terengganu ini dikatakan antara nasi lemak terbaik di Terengganu.

Selain itu, ia juga dikenali sebagai nasi lemak 2 pagi kerana perniagaan ini mula dimula untuk jualan pada pukul 2 pagi. Wah, biar betul 2 pagi? Ya, dan itulah antara keunikkan perniagaan ini.

Ianya dibuka seawal jam 2 pagi, tetapi kebiasaannya pelanggan telah mula beratur panjang dari awal semata-mata tidak mahu terlepas untuk merasai nasi lemak disini. Pelanggan seakan tidak kisah dengan keadaan sejuk malam dan sanggup berembun untuk mendapatkan nasi lemak.

Yang buat rasa nak terliur tu, rasa lemak santan nasinya dan juga rasa sambal yang sedikit manis menjadikan nasi lemak bawah rumah adalah salah satu pilihan pelanggan.

Ini kerana rasa manis sambal nasi lemak adalah sinonim dengan tradisi masakan disini. Pergilah kemana jua kedai nasi lemak yang terdapat Terengganu, rata-rata rasa sambal nasi lemaknya terasa sedikit manis. Jadi, ini adalah sesuatu yang baru untuk dicuba oleh penggemar nasi lemak.

Sambal nasi lemaknya juga menggunakan ramuan utama iaitu ikan tongkol (juga dikenali sebagai ikan aya atau ikan kayu) dinegeri yang lain. Ia adalah kerana Terengganu memang terkenal dengan masakan berasaskan ikan tongkol.

Akhir kata, jangan lupa jika anda berkunjung ke negeri Pantai Timur ini, singgahlah dan turut sama beratur mencuba keenakkan rasa Nasi Lemak Bawah Rumah.

Kalau nak tahu, kami sendiri dah lama tak merasa nasi lemak ini. Teringin pula bila kawan-kawan dikampung bercerita tentang nasi lemak.

-pru14.tv-







Post a Comment Blogger

 
Top