.... SPRM Buka Siasatan Terhadap Annuar Musa | AAKJ



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas sebagai Pengerusi MARA.

SPRM dalam satu kenyataan hari ini, berkata agensi berkenaan akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menyiasat beberapa isu membabitkan isu rasuah dan salah guna kuasa Annuar.

“Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan pembabitan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan.

“Siasatan berhubung salah tadbir urus pula akan dijalankan oleh pasukan audit dalaman MARA,” katanya.

SPRM juga meminta semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes terbabit dan memberikan ruang kepada SPRM bagi menjalankan siasatan.

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top