.... Siti Hasmah Ganti Anina? | AAKJ



Dari sumber

Nama Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, kini disebut-sebut sebagai pilihan utama yang akan dilantik sebagai Ketua Srikandi parti Bersatu menggantikan Anina Saadudin yang dipecat bulan lepas.

Siti Hasmah, 92 tahun adalah isteri kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Kelayakan Siti Hasmah sebagai Ketua Srikandi tidak perlu disangkal lagi. Sekalipun secara rasminya tidak pernah memegang apa-apa jawatan dalam politik sebelum ini, tapi semua orang tahu beliau adalah tulang belakang kepada kejayaan Tun Mahathir sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

Ini saja cukup untuk melayakkan beliau dilantik ke jawatan tersebut. Sama seperti Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang merupakan doktor pakar mata wanita pertama di Malaysia, Siti Hasmah juga memegang rekod sebagai doktor melayu wanita pertama negara ini.

Cukuplah itu sebagai permulaan. Kalau nak disebutkan lagi, ada banyak testimoni melayakkan Siti Hasmah untuk dilantik ke jawatan tersebut.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top