Sudah menghampiri 'garisan penamat' dan makin panas pula bila timbul cerita lama yang tidak pernah diceritakan sebelum ini nampaknya. Kecoh bila otai-otai politik baik dari UMNO BN atau dari parti pembangkang. Mereka mula menyelak nostalgia, siapakah yang berkuasa sebenarnya, Mahathir atau Siti Hasmah.

Kenapa timbul persoalan sedemikian?

22 tahun berkuasa bukan sesuatu perkara yang boleh terjadi dengan sendiri tanpa ada yang betul-betul mengatur dan mencaturkannya. Samada orang perseorangan atau kumpulan yang dibentuk khas untuk menjayakan misi boleh bertahan selama lebih 20 tahun itu.

Apatah lagi untuk menjadikan kesemuanya super kaya, anak-anak kandung dan anak angkat serta kroni terpilih yang boleh menjaga kepentingan peribadi dan kepentingan anak sendiri dan juga anak angkat sepanjang hayat walaupun dia sudah meninggal dunia.

Mahathir hanyalah seorang doktor yang memiliki sebuah klinik yang amat kecil di pekan yang kecil di sebuah negeri yang bukannya terkaya di Malaysia. Bertuah kerana jodohnya dapat berkahwin dengan Siti Hasmah, anak kepada penjawat awam yang berpangkat besar ketika itu. Dulunya dikenali sebagai kakitangan kerajaan sebelum namanya ditukar kepada penjawat awam.

Walaupun keluarga Siti Hasmah nampak kaya namun ia hanya di dalam kategori keluarga yang senang dan bukannya jutawan memandangkan bapanya adalah seorang kakitangan kerajaan. (Betulkan Aakj kalau fakta ini silap).

Zaman tersebut, orang kerja dengan kerajaan akan dihormati dan kalau pangkatnya lagi tinggi maka lagi besarlah penghormatan yang diterima. Kalau masuk kampung, bonet kereta penuh terisi dengan hasil kampung untuk dibawa pulang.

Sejak bila anak-anak Mahathir-Siti Hasmah kaya raya?


Tidakkah anda merasa pelik. Anak-anak Mahathir-Siti Hasmah seperti kelihatan serentak menjadi kaya raya dan mereka kesemuanya menjadi kaya raya malah antara yang terkaya di Asia di zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mungkinkah mereka kesemuanya masih belajar ketika Mahathir belum jadi Perdana Menteri atau kesemuanya menjadi kaya ketika di awal Mahathir menjadi Perdana Menteri? Perlu diingat, kesemua anak-anak Mahathir bukan dilonggokkan di dalam syarikat yang sama (Kalau ada pun mungkin hanya sementara sebelum berpindah ke syarikat sendiri - kroni baru atau kroni terpilih?).

Mereka mempunyai syarikat yang berbeza dan masing-masing dilihat 'berjaya' berniaga. Atau berjaya mendapatkan kontrak dengan kerajaan pusat dengan jangkamasa yang begitu panjang dan tiada siapa yang mampu ubah kontrak tersebut?

Bukan sekadar anak pinak Mahathir-Siti Hasmah sahaja yang berjaya menjadi super kaya, adik beradik Siti Hasmah juga bukannya orang sembarangan. Ada yang menjadi Menteri Besar Selangor dan ada yang menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia. Cuba selidiki. Mereka menjawat kedudukan tersebut ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri atau sebelum dari Mahathir menjadi Perdana Menteri. (betulkan fakta dari aakj ya dan maaf kalau tersilap).

Kalau kebiasaannya, si isteri atau si ibulah yang cemas sekiranya anak-anak gagal di dalam apa juga yang mereka ceburi termasuk di peringkat awal sekolah lagi. 


Bayangkan Mukhriz, mantan Menteri Besar Kedah yang dipecat. Beliau dikatakan tidak begitu cemerlang di dalam akademik dan kalau diikutkan bukan pilihan MARA untuk dihantar ke luar negara bagi menyambung pengajian. Tetapi kerana bapanya (mungkin) seorang Perdana Menteri maka beliau boleh dengan mudah ke sana atau MARA ketika itu meletakkan syarat yang begitu rendah untuk menaja pelajarnya ke luar negara?. Kalau dalam situasi keluarga biasa, si ibu mesti memaksa suami cari jalan supaya anak mendapat tempat belajar yang baik.

Itu bab pelajaran. Bagaimana pula dengan bab kehidupan selepas belajar? 

Dari mana datangnya modal beratus juta ringgit umpama sekelip mata dapat membina syarikat yang bernilai ratusan juta bahkan bilion juta? 

Adakah datang dari proposal atau kertas cadangan dari pintu belakang dengan menjadikan anak-anak mereka sebagai tunggul kayu di dalam syarikat oleh kroni yang Mahathir pilih atau desakan dari Siti Hasmah supaya menerima proksi yang beliau sendiri pilih atau ada bank luar negara yang memberi dana bilion juta ringgit atau ada bank di dalam negeri yang murah hati membantu? 

Itupun kerana Mahathir adalah Perdana Menteri atau bakat semula jadi anak-anak Mahathir-Siti Hasmah dalam dunia perniagaan?

Bolehkah Siti Hasmah bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak terlibat mendesak Mahathir untuk menjadikan anak-anak mereka super senang melalui tangan-tangan proksi terpilih? 

Ada juga kedengaran, samada benar atau tidak itu nanti kita cerita di artikel lain. 

Ada anak Mahathir-Siti Hasmah rugi dan bungkus perniagaannya tetapi diselamatkan dengan apa yang dipanggil atau termanya di dalam perniagaan sebagai "Bailout"? 

Berbilion juta ringgit juga kedengarannya. Siapa yang desak Mahathir supaya kerajaan keluarkan wang rakyat dan selamatkan syarikat anak mereka? (kalau betullah ada yang kena bailout) - Naluri ibu yang normal, tidak akan membiarkan anak mereka susah, apalagi kalau dah sampai peringkat cuba mengugut untuk membunuh diri. Mestilah si ibu mengarahkan suami berbuat sesuatu kalau dah sampai ke peringkat itu. "Do or die" - duit rakyat atau duit siapa sahaja! -umpamanyalah.

Masih menjadi persoalan besar, bagaimana kesemua anak-anaknya mampu menjadi manusia yang kaya raya serentak dan tidak ada satu pun yang ketinggalan hatta kepada anak angkat mereka. Proksi terpilih mana yang beruntung? Dan wajar Mahathir dan Siti Hasmah mendedahkan rahsia kejayaan gemilang anak pinak mereka supaya mana-mana rakyat Malaysia yang mempunyai anak yang ramai mampu berjaya seperti anak-Mahathir-Siti Hasmah. Kalau tidak super mewah, dapat mewah saja pun dah memadai.


Dari pejuang UMNO kepada pejuang harta dan kuasa

Benarkah kerana aset tunai yang berjumlah USD100 bilion maka Mahathir, Siti Hasmah dan anak pinaknya menjadi tunggang terbalik kehidupan mereka. Aset yang dikatakan tidak memperolehi kebenaran dari Menteri Kewangan Malaysia untuk dibawa masuk?

Sejak Mahathir dan Siti Hasmah membuat keputusan untuk menubuhkan parti baharu maka seluruh perjalan hidup mereka sekeluarga selama 22 tahun mula 'digali' oleh rakyat. Apa dan kenapa serta bagaimana adalah ungkapan awal bila persoalkan dari mana kehidupan mereka menjadi begitu kaya walhal mereka hanya datang dari keluarga yang biasa-biasa sahaja.

Ada lagi manusia yang menjawat jawatan yang lebih tinggi dari bapa kepada Siti Hasmah ketika itu dan mereka hanya hidup seperti penjawat awam yang lain sahaja.

Benarkah yang memaksa Mahathir untuk melawan Najib juga adalah siti Hasmah dan beliaulah dalang selama ini hingga tertubuhnya parti baharu Mahathir yang berjuang untuk kekalkan kuasa dan harta sahaja? Tanyalah otai-otai politik UMNO BN atau pihak pembangkang. Nampak sahaja tidak menonjol tetapi hakikatnya Mahathir takutkan Siti Hasmah, betulkan?

Siapa yang bertemu Wan Azizah? Siti Hasmah. Siapa yang arahkan Mahathir jumpa Anwar di mahkamah? Siti Hasmah? Bagaimana pula dengan siapa yang arahkan Mahathir berbaik dengan Lim Kit Siang, DAP yang Mahathir maki hamun beliau? Siti Hasmah atau proksi yang terpilih bertemu dan meminta Siti Hasmah mengarahkan Mahathir?

Kalau dilihat pada kesungguhan Siti Hasmah menunjukkan bahawa beliau juga memiliki kad keahlian parti baru kepunyaan mereka. Ada kemungkinan tahap amuk Siti Hasmah sudah tidak mampu untuk menutup "control ayu" selama ini. Ada tak gambar Siti Hasmah beria-ria tunjukkan gambar keahlian UMNO beliau. Malah ada tak anda perhatikan Siti Hasmah membontoti Mahathir seperti sekarang ini ketika beliau di dalam UMNO? Nampak percikan amarahnya sudah tidak dapat disembunyikan lagi. 

Aakj mohon sangat agar Siti Hasmah menjawab dengan tulus ikhlas. Ini bukannya satu pertuduhan tetapi pertanyaan yang mula tular di aplikasi WhatsApp dan medium internet yang lain.



Post a Comment Blogger

 
Top