Semalam portal Terengganu Times ada melaporkan bahawa ada NGO akan membuat laporan polis terhadap "pencerobohan hak peribadi" oleh Rafizi dan NGO miliknya.

Pihak polis harus melakukan siasatan segera bagaimana Rafizi dan NGO milik beliau memperolehi 8 juta lebih nombor telefon rakyat Malaysia. Ini bukan lagi zaman "Yellow Pages" yang ada nama dan alamat lengkap pelanggan Telekom.

Pencerobohan milik peribadi ini amat serius. Bukan hanya gangguan panggilan telefon dari 'pihak yang tidak dikenali', malah lebih tidak masuk akan adalah panggilan yang dibuat lebih berupa 'provokasi' memfitnah. Baca apa yang Malaysiakini laporkan di bawah:
Bagaimanapun, I-CPI tetap berjaya mendapatkan reaksi 104,340 daripada 8.36 juta nombor telefon yang dihubungi.
NGO Rafizi rupa-rupanya di belakang panggilan telefon 'intipan'

BN ternyata tidak terlibat dengan tinjauan melalui telefon yang mencetuskan kegemparan di media sosial dalam tiga minggu terakhir.

Sebaliknya, tinjauan yang ingin tahu siapakah pilihan pemilih dalam pilihan raya umum akan datang, digerakkan oleh Naib Presiden PKR Rafizi Ramli melalui NGO Invoke Centre for Policy Initiatives (I-CPI).

Tinjauan dari 25 Disember 2016 hingga 17 Januari tahun ini, mencetuskan kebimbangan sebahagian responden apabila mereka mendengar rakaman suara wanita yang bertanya sama ada BN patut dipersalahkan susulan peningkatan kos hidup.

Ini diikuti oleh soalan sama ada mereka akan mengundi BN, Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) atau PAS.

Begitu juga dengan soalan berkaitan kaum, jantina dan umur mereka.

Terdapat responden menyangka mereka sedang diintip oleh BN dan mula menyebarkan mesej melalui media sosial dan WhatsApp dalam perbagai bahasa supaya orang ramai mematikan telefon atau berisiko dipadam daripada daftar pemilih.

Bagaimanapun, I-CPI tetap berjaya mendapatkan reaksi 104,340 daripada 8.36 juta nombor telefon yang dihubungi.

Raifiz berkata tinjauan itu antara yang paling lengkap di Malaysia.

Malah, kata pemimpin muda pembangkang itu, ia membuktikan ramalan bahawa BN akan menang dalam pilihan raya umum ke-14 salah.

Dari sumber asal - Malaysiakini




Post a Comment Blogger

 
Top