.... "PTD Stupid": Kalau Mampu Hina Orang Yang Meninggal, Dia Mampu "Jual" Negara | AAKJ



Bayangkan kebodohan PTD yang baru sahaja bertugas di Manila, Filipina. Tidak sampai pun 4 bulan beliau di sana dan jawatannya pun masih suam-suam taik babi, beliau begitu berani menghina orang yang baru saja mengadap Ilahi dan juga mempersendakan Perdana Menteri sendiri berkait dengan kematian itu juga.

'Kesian. Hilang kawan, Hilang deposit" - inilah yang pegawai PTD bernama Nazrul Imran catatkan di ruang komen facebook rasmi Perdana Menteri di saat negara bersedih kerana kehilangan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. Jenazahnya pun masih belum dikebumikan.

Ini bukannya gurauan. Ini menunjukkan tahap bencinya beliau kepada Perdana Menteri Malaysia dan apa yang berkait dengan Perdana Menteri. Ini juga bukan akaun yang digodam, itu semua sebagai alasan untuk lepaskan diri dari satu kesalahan berat bagi seorang penjawa awam yang mewakili negara. Beliau wajib mohon SKMM masuk dan siasat untuk buktikan bahawa akaun facebook beliau digodam. Siapakah beliau? Begitu tersohor di alam maya hinggakan ada yang sanggup godam akaun peribadi miliknya?

Kementerian Luar sanggup perjudikan imej kementerian dengan mengekalkan pegawai seperti ini? Bagaimana kalau ada wartawan bertanyakan beliau mengenai isu-isu negara ini dan beliau memberi jawapan yang salah dan memburukkan kepimpinan negara? Atau bagaimana kalau individu jenis ini bertindak menjual rahsia negara? Kementerian Luar akan bertanggungjawab?

Sudah lama kedengaran tentang penjawat awam yang berkhidmat di luar negara begitu ghairah memburukkan Perdana Menteri sendiri dan keluarganya. Namun kini bukti dah terselak sedikit dan selagi tidak ada bukti kukuh maka Aakj mengambil sikap tunggu dan lihat. Kalau dah ada maka bersedialah kalau ada pegawai yang berperangai busuk memburukkan negara sendiri.



Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top