Dari facebook Abdul Rahman Abdul Kadir:


Alhamdulillah...

Saya telah dihubungi oleh saudari Natasha Hudson petang tadi.

Kami berbual selama hampir 10 minit dalam suasana yang cukup mesra dan baik.

Beliau mengakui telah terkhilaf dan memohon maaf. Saya dapat merasai keikhlasan beliau memohon maaf dan kekesalannya.
Beliau akui beliau tidak tahu tentang prosedur kerja di jabatan kecemasan dan pengalaman ini pasti bermanfaat buat beliau.

Kini beliau faham setelah mengambil manfaat dari pelbagai pihak. Beliau menyanjungi para petugas kesihatan kerajaan dan berterima kasih atas segala pengorbanan mereka selama ini demi negara.

Beliau sedang menyambung pelajaran di universiti dalam pengajian Islam kini dan tidak lagi mahu sebarang publisiti pada diri beliau kerana keutamaan beliau kini adalah beribadat dan melaksanakan kerja2 sosial.

Bagi menghormati pendirian beliau dan atas permintaan beliau sendiri, saya padamkan post pertama saya yang bertajuk NASIHAT TERBUKA BUAT NATASHA HUDSON.

Juga saya tidak mahu ada pihak media yang mengambil kesempatan memburukkan beliau dan mengheretnya kembali ke kancah kontroversi.

Marilah kita sama2 memberi sokongan buat sahabiah kita ini dalam berhijrah mencari keredhaan Ilahi.

p/s: Hangpa semua jangan gado2 la. Aku dgn Natasha dah kamcing. 




Post a Comment Blogger

 
Top