.... PPBM Berbohong, PAS Selangor Tidak Hadir | AAKJ



PAS Selangor menyelar sebuah portal berita pro-Pakatan Harapan kerana melaporkan kononnya pimpinan PAS negeri itu menghadiri program Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam.

Ketua Penerangan PAS Selangor, Mohd. Prasad Hanif berkata, Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad tidak menghadiri program berkenaan sebaliknya mengikuti program PAS sepanjang hari semalam.

“Portal berita itu terus menerus mengadu domba dan menyebarkan fitnah. Dalam laporannya yang terbaru mendakwa Pesuruhjaya PAS Selangor telah menghadiri program PPBM semalam.

“PAS Selangor menafikan fitnah tersebut sekeras-kerasnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Prasad berkata, portal berita berkenaan dalam laporan yang lain sebelum ini juga banyak mengandungi fakta menyeleweng, berunsur fitnah dan mengadu domba berhubung PAS Selangor

Justeru, katanya, PAS Selangor melihat portal berita berkenaan mungkin menjalankan tugas sebagai lidah pihak-pihak tertentu untuk menyerang PAS Selangor.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS memboikot portal berita tersebut dan mendapatkan berita yang sahih.

“Walaupun difitnah dan ditohmah, PAS Selangor tidak akan terjerumus ke dalam politik murahan mana-mana pihak,” katanya.

PPBM ditubuhkan oleh bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berpaling tadah gara-gara kecewa agenda beliau untuk mengangkat orang kanannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO pada tahun lalu ditolak parti itu.

Mahathir yang juga mantan Perdana Menteri turut berdendam dengan UMNO kerana hasratnya untuk menjadikan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Presiden UMNO tidak mendapat sokongan akar umbi parti itu.

Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz kemudian menubuhkan PPBM dengan Muhyiddin bertindak selaku Presiden parti, manakala Mukhriz sebagai Timbalan Presiden parti itu dengan agenda untuk menarik keluar ahli UMNO seramai yang boleh.

Agenda PPBM tersebut dipercayai antara persetujuan kerjasama yang dicapai parti berkenaan dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP dalam hasrat bersama bagi menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top