.... Perasmian PPBM Gagal: Video Mukhriz, Muhyiddin Berucap Stadium Kosong | AAKJ



PPBM, sebuah parti serpihan Umno yang diasaskan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum ke 14 nanti.

Bertempat di Stadium Malawati yang mampu menempatkan 13 ribu pengunjung, mereka mengadakan majlis pelancaran parti berkenaan didalam persiapan menghadapi PRU14.

Hasil tinjauan mendapati kehadiran di Majlis pelancaran Bersatu adalah sangat menyedihkan. Walaupun didalam laman sosial pemimpin-pemimpin Bersatu menyebarkan dakwaan seramai 25 ribu orang memenuhi Stadium berkenaan, ianya ternyata dusta semata-mata.

Malah ketika Mukhriz mahu berucap, stadium masih lagi kosong dan hanya 100 orang sahaja kelihatan. Buktinya ada didalam video di SINI dan SINI

Sementara itu, PKR menafikan ada menghantar pekeliling mengarahkan anggotanya mengaku sebagai anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada majlis pelancaran rasmi parti itu malam ini.

“Adalah dimaklumkan terdapat surat palsu yang diedarkan.

“Pejabat Setiausaha Agung PKR tidak pernah mengeluarkan surat itu,” kata Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzli.

Surat palsu itu yang dikeluarkan dengan menggunakan kepala surat PKR, menggesa anggota parti menghadiri majlis pelancaran rasmi BERSATU di Stadium Malawati Shah Alam malam ini.

Ia juga meminta PKR di Selangor menghantar sekurang-kurangnya dua buah bas yang membawa anggota parti itu dengan janji bayaran RM100 setiap orang.

“Jangan sesekali mengaku ahli PKR bila berada dalam stadium. Dan jangan sesekali kutuk (Tun) Mahathir (Mohamad). Mengaku ahli PPBM jika ditanya oleh pihak media,” surat tersebut dipetik.

Kandungan surat itu juga meminta anggota-anggota PKR memakai baju merah iaitu warna rasmi BERSATU, selain menyimpan resit untuk tujuan bayaran kepada ADUN masing-masing.

Surat itu dikeluarkan atas nama Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang dieja secara salah sebagai “Saifuddin Nasutton Ismail”.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top