Belum pun selesai isu PTD menghina arwah Ketua Menteri Sarawak dan PM, timbul pula isu baru yang sedang tular di facebook

Menurut sumber, "Mohd Radzi Mansor" adalah pegawai di Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan berpengkalan di Selangor di bawah agensi Kebajikan Masyarakat? 

Samada beliau bertaraf kontrak atau tetap atau hanya "by project" tidak dapat dipastikan. Kalau benarlah status tersebut maka beliau seperti menentang misi-visi dari Perdana Menteri dan kementerian telah meletakkan individu yang salah di tempat yang salah.

Kenapa Aakj kata beliau individu yang salah dan di tempatkan di posisi yang salah? Mudah, kerana kecenderongan politik beliau tidak selari dengan apa yang diilhamkan dan digariskan oleh Perdana Menteri Malaysia ketika ini, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


Lihat saja status beliau di laman media sosial miliknya, facebook, berhubung dengan Wawasan 2020 dan TN50 yang diilhamkan oleh PM Najib. Samada beliau faham tentang apa itu 'kesinambungan' antara kedua misi dan visi tersebut atau beliau sengaja cuba mengelirukan tentang kedua halatuju negara itu.

Melihat kepada gambar aktiviti beliau di facebook miliknya. Beliau bertugas memberi ceramah kepada pelajar kolej/universiti? Dan kalau benarlah posisi itu diberikan kepadanya oleh kementerian maka tidak mustahil beliau mampu mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan kepada peserta kerana perbezaan politik yang begitu ketara kecenderongannya.

Walaupun status beliau agak 'kabur' umpama tiada telor atau telor separuh masak namun ianya kelihatan ditujukan kepada PM dan isteri serta wawasan T50 yang baru PM lancarkan. 

Kalau salah anggapan Aakj maka maaf dipinta dan harap tuan empunya akaun perjelaskan mana-mana statusnya yang kabur itu dan juga status bekerja di mana.

Aakj tegaskan, kecenderongan memihak kepada mana-mana parti politik tidak salah. Tapi adalah salah kalau cuba kelirukan halatuju yang dibawa oleh Kerajaan Pusat demi kebaikan kepada rakyat sedangkan anda bekerja di bawah kerajaan persekutuan. Kalau tidak bersetuju dengan 'majikan' maka undurlah dan mohonlah kerja dengan 'kerajaan' yang anda minati.

Aakj harap, kementerian perjelaskan isu ini dan Mohd Radzi juga memberi pencerahan. Mungkin beliau anggap atau sudah berhijrah makan gaji dengan kerajaan negeri Selangor. Lagi cepat perjelaskan lagi baik sebelum tular isu sebegini.

Poster-poster beliau memuji Azmin Ali bersepah di statusnya dan Aakj rasa tidak perlu untuk letakkan di sini. Mungkin beliau baru bekerja dengan Azmin kot.









Post a Comment Blogger

 
Top