.... "Nyawa Anda Hak Anda": Doktor Pakar Tegur Artis Sharnaaz Ahmad | AAKJ



Dari Dr Abdul Rahman Abdul Kadir:

#TEGURAN_BUAT_SAUDARA_SHARNAAZ_AHMAD

Saya terpanggil untuk mengulas sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Sharnaaz Ahmad di dalam akaun instagram beliau.

Beliau memberikan pandangannya berkenaan kes memanjat papan tanda IPOH oleh sekumpulan remaja baru2 ini.

Saudara Sharnaaz adalah seorang artis yang popular dan saya sendiri meminati beliau. Saya tahu beliau adalah seorang yang tegas dan tidak takut menyuarakan pandangan dan isi hatinya.

Namun dalam kes ini, saya kira saudara Sharnaaz tidak sepatutnya mengeluarkan pandangan sedemikian.

Saudara Sharnaaz telah mengeluarkan kenyataan menyokong perbuatan mereka ini dengan membawa maksud:
1. Buat je, asalkan pandai makan pandai simpan.
2. Asalkan tak sebar dan war2kan anda ok.
3. Nyawa anda adalah hak anda dan tak perlu rasa bersalah kerana anda hanya berseronok dan bukannya melakukan jenayah seperti membunuh orang.

Perkara ini amat menggusarkan saya kerana masyarakat kita amat menyanjung artis. Artis diambil sebagai idola dan role model mereka.

Lihat saja amalan2 berisiko seperti terapi ozon baru2 ini. Hanya kerana para artis memberi testimoni kebaikkannya, ia dianggap bagus dan selamat sedangkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Perubatan Malaysia tidak pernah memberi apa2 endorsement atau jaminan keselamatannya malah menyeru masyarakat agar menjauhkan diri dari amalan2 pseudoscience sedemikian.

Jadi, kenyataan dari Sharnaaz ini akan dianggap sebagai endorsement dari idola mereka untuk meneruskan perbuatan2 bahaya yang bukan hanya membahayakan diri sendiri tetapi juga orang lain.

Sebagai seorang Pakar Kecemasan, saya boleh sahkan bahawa ketinggian yang para remaja tersebut panjat adalah ketinggian yang amat bahaya. Jika kita jatuh pada ketinggian lebih dari 10 meter sekalipun, ia sudah dianggap sebagai 'dangerous mechanism' dan boleh mengalami pelbagai kecederaan badan dan nyawa yang kritikal.

Apatah lagi pula ketinggian di tanah tinggi seperti itu. Dilakukan pula tanpa memakai sebarang peralatan kecemasan untuk pendakian. Jatuh mereka akan membawa maut semestinya. Nyawa mereka dan kita semua adalah milik Allah dan Allah melarang kita sengaja menjerumuskan diri kita di dalam kebinasaan seperti di dalam firman Allah di dalam surah Al Baqarah, ayat 195.

Alasan sekadar untuk berseronok dan perbutan otai2 Rusia dan US tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk kita mengikuti jejak mereka, apatah lagi remaja2 tersebut adalah remaja Melayu dan Islam. Jika itu merupakan pandangan kita, maka tidak salah lah juga untuk mereka berzina, melakukan amalan homoseksual, mengambil dadah dan sebagainya kerana kesemua ini juga dilakukan atas prinsip keseronokan dan tubuh badan masing2.

Memang benar mereka tidak membunuh sesiapa namun perbuatan mereka boleh membuatkan orang lain terbunuh. Jatuhnya mereka akan memerlukan pasukan keselamatan digerakkan untuk mencari dan menyelamat hatta mengutip cebisan mayat mereka. Dalam proses itu, anggota penyelamat seperti Bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan lain2 agensi juga terdedah kepada risiko yang sama.

Memanglah jika mereka (pasukan penyelamat) meninggal dunia atau jatuh dan mengalami kecacatan kekal, itu adalah sebahagian dari pengorbanan dalam tugas mereka, namun apakah penyebab kematian dan kecacatan mereka tidak berdosa? Apatah lagi ahli keluarga mereka yang masih hidup yang putus punca rezeki dan hidup susah selepas dari itu seumur hidup mereka hanya disebabkan ada orang hendak berseronok? Apakah berbaloi dan tiada dosa?

Golongan artis sewajarnya menjadi contoh teladan yang baik kepada masyarakat. Anda semua mempunyai pengaruh yang cukup besar dan peminat yang cukup ramai. Perbuatan anda akan sentiasa diperhatikan dan menjadi ikutan ramai. Hatta pendapat peribadi anda tidak perlu dinyatakan pun kerana ia akan di pick up oleh media dan disebarkan kepada semua.

Kami memerlukan anda. Bantulah kami menyebarkan mesej2 baik dan menjadi agen perubahan yang positif buat masyarakat khususnya generasi muda negara.






Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top