.... Nurul Izzah Samakan Penjenayah Liwat Dengan Nabi Yusuf? | AAKJ



“Nasib Datuk Seri Anwar Ibrahim hampir sama dengan nasib Nabi Yusuf”- Nurul Izzah.
MENGUCAP panjang rakyat Malaysia apabila anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah menyifatkan nasib bapanya sama dengan Nabi Yusuf seperti disebutkan dalam al-Quran.

Beliau berkata demikian merujuk dakwaan terbaru mangsa kes liwat II, Mohd Saiful Bukhari Azlan semalam yang mendakwa didatangi kenalan rapat bekas ketua pembangkang itu. Untuk makluman Saiful merupakan bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis bahawa dia diliwat oleh Anwar pada 29 Jun 2008.

Selepas berhenti belajar di Uniten, Saiful menjadi sukarelawan di pejabat PKR di Petaling Jaya membantu (pembantu khas) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara tugasnya ialah mengatur pertemuan sulit dengan Ahli Parlimen yang ingin melompat parti. Pertemuan diadakan di Kondominium Desa Damansara.

Pasport antarabangsa Saiful membuktikan beliau pernah mengikut Anwar Ibrahim ke luar negara termasuk ke Hong Kong (awal Mei 2008), Bangkok (hujung Mei 2008) dan Singapura (16 dan 18 Jun 2008). Saiful juga membantu ketua staff , Ibrahim Yaacob menguruskan jadual Anwar .

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Wartawan dari TV3 dilarang membuat rakaman tetapi rakaman dilakukan oleh ‘unit media’ khas. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah .

Teks sumpah beliau ialah : 
” Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.
“Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahullam.”

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri , Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Namun begitu, Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR berkata keluarganya telah banyak menderita kerana kes tersebut sedangkan yang menjadi mangsa keganasan seks luar tabii yang telah menderita sebenarnya.

Semalam Saiful mendakwa didatangi seorang kenalan rapat Anwar yang meminta beliau memohon pengampunan diraja bagi pihak bekas majikannya itu tanpa menukar pengakuan diliwat.

Saiful, 31 dalam tulisan di Facebooknya mendakwa individu itu turut memohon supaya beliau memaafkan Anwar yang dikatakan kini ‘mungkin sudah insaf atas perbuatannya’.

Saiful juga mendakwa individu itu berkata Yang di-Pertuan Agong boleh memberikan pengampunan kepada Anwar berdasarkan peruntukan dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam tulisan itu, Saiful bagaimanapun berkata beliau masih belum membuat sebarang keputusan.

“Apa pun di sudut hati saya terdetik juga, sama ada niat beliau benar-benar ikhlas atau sekadar demi melayakkan Anwar bertanding pada PRU nanti,” kata Saiful.

Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman penjara atas tuduhan liwat. Oleh itu, Anwar merupakan seorang penjenayah liwat. Tindakan Nurul Izzah menyamakan nasib Anwar dengan nasib Nabi Allah Yusuf a.s. dilihat melampau dan mengundang kemarahan umat Islam. Beliau tidak sepatutnya mempolitikan agama Islam.
PRU14.tv

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top