Dari facebook Abdul Rahman Abdul Kadir :

#NASIHAT_TERBUKA_BUAT_NATASHA_HUDSON

Natasha Hudson adalah seorang artis yang telah berhijrah. Penampilan beliau yang terbaru dengan berniqab dan niatnya mendekatkan diri pada ugama adalah sesuatu yang mulia dan terpuji.

Namun hari ini beliau telah memuat naik 2 video dan beberapa status yang mengecam perkhidmatan kesihatan sebuah hospital kerajaan.

Segalanya bermula setelah beliau dan keluarganya terserempak dengan sebuah keluarga warga asing yang menjadi mangsa langgar lari. Ia terdiri dari 3 orang mangsa iaitu sang suami adalah warga Pakistan, isterinya warga Myanmar dan anak mereka berdua.

Natasha sekeluarga telah bersikap mulia dan membawa keluarga warga asing ke jabatan kecemasan hospital kerajaan terdekat bagi mendapatkan rawatan.

Insiden ini berlaku pada waktu tengah malam dan Natasha telah membawa ketiga2 mangsa ini ke kaunter jabatan kecemasan. Maka bermulalah episod tidak puas hati Natasha kerana baginya pesakit2 ini tidak dilayan dengan cepat dan baik.

Beliau menceritakan bahawa terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui seperti dari kaunter pertama ke kaunter kedua, pendaftaran dan akhirnya barulah dapat berjumpa doktor. Bagi Natasha, sepatutnya pesakit ini mestilah diberikan rawatan segera kerana mereka mangsa langgar lari dan tidak sepatutnya terbiar lama.

Natasha gagal faham bahawa mana2 jabatan kecemasan seluruh dunia tidak mengamalkan sistem yang beliau inginkan. Jabatan kecemasan mengamalkan sistem triage atau saringan yang mana setiap pesakit akan dinilai untuk mengetahui tahap kritikal sakit mereka.

Pesakit kritikal akan diletakkan di zon Merah, semi Kritikal di zon kuning dan pesakit tidak kritikal di zon hijau. Dalam kes ini, ketiga2 mangsa ini hanya mengalami luka2 superfisial dan tidak kritikal. Maka mereka telah diletakkan di zon hijau di dalam Trauma Lane.

Trauma Lane ini adalah merupakan laluan khas bagi pesakit2 yang cedera akibat kemalangan yang diwujudkan khusus bagi mempercepatkan mereka dilihat dan dirawat doktor. Bermaksud mereka tidak perlu menunggu lama bersama kelompok pesakit bukan kritikal lain di zon hijau yang sakit biasa seperti demam, batuk, selesema, gatal2 kulit, cirit birit dan sebagainya.

Natasha marah kerana pesakit ini terpaksa pergi ke beberapa kaunter sebelum mendapatkan rawatan. Namun itulah prosedurnya.

Setiap pesakit di zon hijau mesti melalui Triage primari (dalam kes ini pesakit tiba jam 11.02 malam), kemudian mereka melalui triage sekunder bagi saringan lebih teliti dan rawatan2 ringkas (dalam kes ini mereka dilihat di kaunter ini jam 11.08 malam di mana bacaan2 vital sign diambil dan diberikan suntikan vaksin ATT bagi si ayah dan ibu) sebelum mereka perlu didaftarkan.

Natasha marah kerana ketika pendaftaran staf hospital sibuk meminta pasport. Natasha tidak faham bahawa proses pendaftaran warga asing memang memerlukan pasport terutamanya jika mereka stabil. Dan ya, memang prosedur memerlukan kami meminta bayaran kerana mereka adalah warga asing dan sakit mereka tidak kritikal. Sekiranya mereka kritikal, rawatan wajib akan diberikan terus tanpa soal bayaran timbul kerana melewatkan rawatan kerana wang hanya akan merisikokan nyawa pesakit. Inilah perintah yang kami terima dari Kerajaan.

Natasha bersedia untuk membayar bagi pihak mangsa tersebut sebanyak RM 100 seorang (jumlah RM 300), namun sebelum sempat beliau membayar, mangsa telahpun melangsaikan bayaran yang perlu. Ini adalah bukti bahawa mereka MAMPU!

Natasha mungkin beranggapan seolah2 kami mata duitan dan tidak menghargai nyawa pesakit. Wahai Natasha, sekiranya kami terus memberikan rawatan, ubat, x-ray dan suntikan tanpa menghiraukan soal bayaran, siapakah yang akan melangsaikan kos rawatan mereka ini? Takkan kami kena keluar wang poket kami? Kami juga ada periuk nasi yang perlu dijaga dan tidak sekaya para artis terkenal.

Bayangkan berapa ratus warga asing yang datang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Selama ini berbillion2 wang dibelanjakan untuk rawatan warga asing dan mereka menikmati kek kemakmuran dan wang negara. Ini adalah merupakan satu ketirisan kerana tidak ada satu negara pun di dunia yang memberi keistimewaan seperti ini kepada warga asing apatah lagi pendatang haram.

Apakah kami perlu mengetepikan perintah kerajaan yang berniat menjaga amanah wang rakyat yang mesti digunakan untuk rakyat Malaysia ini dikhianati hanya kerana diperdengarkan sandiwara kesedihan mereka? Natasha juga perlu empati pada kami, bukan hanya meletakkan dirinya di dalam kasut pesakit. Cuba lihat dari perspektif kami pula.

Natasha berasa marah kerana pesakit dilihat lewat. Menurut rekod yang ada pada pihak hospital, pesakit telah dilihat pada jam 11.43 malam, hanya dalam tempoh 41 minit dari waktu mereka tiba ke hospital. KPI nasional bagi hospital kerajaan adalah, 70% dari pesakit di zon hijau mestilah dilihat oleh doktor dalam tempoh 90 minit. 41 minit ini saya kira adalah tempoh yang amat baik bagi kes ini.

Natasha telah menemani pesakit wanita bersama anaknya untuk melihat doktor bertugas dan berasa tersinggung kerana doktor berkenaan meminta pesakit yang bercerita dan bukan Natasha. Ini adalah prosedur standard Natasha. Kami perlu mendengar cerita dari mulut pesakit sendiri kerana history taking dari mereka yang paling credible dan bernilai untuk digunapakai terutama dalam kes medicolegal seperti ini. Dari maklumat yang saya dapat, anda saja yang bercerita tanpa memberi peluang pesakit berkata2. Pesakit itu boleh berkomunikasi jika diberi peluang tanpa dominasi anda.

Mereka selesai konsultasi dan diberikan slip ubat kepada anda pada jam 12.01 pagi. Ini adalah masa yang sangat-sangat baik memandangkan keseluruhan proses menunggu hingga mendapatkan ubat selesai dalam masa 1 jam! Jadi kenapa anda bersikap seolah-olah mereka diabaikan dan malah menyebut bahawa rawatan yang diberikan kepada mereka adalah ‘below par’ adalah benar2 membingungkan saya.

#Kesimpulan:

1. Ketiga2 mereka tidak dimasukkan ke wad dan telah di discaj terus dari jabatan kecemasan yang bermakna penilaian triage awal untuk meletakkan mereka di zon hijau adalah tepat.

2. Mereka dilihat dalam tempoh masa standard yang ditetapkan, malah menepati piawaian.

3. Rawatan2 telah diberikan dengan baik termasuk suntikan ATT, luka2 dibersihkan dan juga jahitan dilakukan pada lutut si ayah. Natasha mengatakan bahawa ada kelewatan dalam menjahit luka tersebut. Natasha harus faham bahawa pegawai yang bertugas bukan goyang kaki atau curi tulang pada ketika itu sebaliknya sedang membantu memberi perawatan kepada pesakit kritikal di zon merah. Kecemasan tidak mengamalkan konsep 1st come 1st serve. The more critical will be treated first. Please understand and respect that.

4. Natasha ada hak untuk melakukan aduan seandainya tidak berpuas hati namun facebook dan media sosial bukanlah medannya. Anda public figure yang mempunyai pengaruh besar, apakah anda tidak takut diri anda menzalimi kami sedangkan anda tidak mengetahui?

5. Saya berharap agar Natasha dapat berhijrah tanpa melukakan hati sesiapa. Tidak ada gunanya kita berhijrah dalam kedaan kita menimbulkan kontroversi seperti Wardina, Abby Abadi dan beberapa artis hiburan yang lain. Berhijrahlah secara silmi kaffah.

Note: Nasihat ini disampaikan terbuka kerana Natasha telah block saya dan beberapa rakan saya yang cuba memperjelaskan keadaan.




Post a Comment Blogger

 
Top