.... "Mereka Menjerit Hidup Mahathir Bagaikan Dipaksa..." | AAKJ



Suasana Di Stadium Malawati Umpama Suasana Di Pyongyang

Suasana semalam di dalam Stadium Malawati, Shah Alam terasa seperti di Pyongyang, Korea Utara apabila para hadirin yang hadir majlis perasmian PPBM berdiri dan menjerit memberi sokongan kepada Pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mereka menjerit “hidup Tun” berkali-kali dan berdiri tetapi dari raut wajah mereka ada emosi yang mengatakan bahawa ia hanya dibuat-buat dan berpura-pura.

Ia adalah hasil daripada surat yang tersebar yang menunjukkan pengurusan PKR mengerahkan ahli-ahli mereka untuk hadir ke Stadium Malawati dan mengaku menjadi ahli PPBM dan dikerah memakai baju merah sama seperti ahli parti itu.

Takkanlah para hadirin yang hadir boleh betul-betul menyokong Dr Mahathir kerana sebelum itu Dr Mahathir sudah memenjarakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memecatnya dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998.

Suasana itu mirip di Pyongyang kerana, rakyat Korea Utara menzahirkan sokongan ke atas Pemerintah Tertinggi kerajaan itu Kim Jong Un dalam keadaan begitu yang nampak tidak asli dan dibuat-buat.

Jika Jong Un hadir pada satu-satu majlis semua hadirin bangun dan melaungkan kata-kata pujian kepada Jong Un seperti dia pemimpin paling hebat dalam kalangan rakyat.

Ia adalah sokongan terpaksa kepada seorang diktator yang memerintah negara berkenaan.

Dr Mahathir dulu adalah seorang yang digelar diktator oleh para penyokong PKR kerana didakwa memerintah Malaysia secara kuku besi ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Semalam, kehadiran di Stadium Malawati yang terletak di sebelah Stadium Shah Alam itu tidak lah ramai dan ia tidak pun penuh.

Malah, selepas selesai ucapan oleh Dr Mahathir, ramai pengunjung pakat bergerak balik keluar dari stadium dan tidak mendengar ucapan oleh Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas itu. – pru14.tv

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top