.... Masalah Air: Video Anjing Pun Lebih Baik Dari Wakil Rakyat DAP - Penduduk | AAKJ




Penduduk yang berang dengan kekerapan gangguan bekalan air membidas wakil rakyat DAP Kawasan Teratai, Tiew Way Keng kerana mengabaikan pengundi setelah menang dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua Persatuan Penduduk Pandan Perdana, Lim Ah Chai ketika ditemui pihak media berkata, wakil rakyat tersebut gagal menjalankan tugas untuk menjaga kebajikan rakyat.

“YB sini tidur aja, dia (Tiew Way Keng) paling teruk saya terang-terang cakap, dia sendiri tak boleh menjaga diri macam mana mahu menjaga rakyat dan penduduk sini (sebab) dia punya punggung (besar) pun tak boleh jaga lagi mahu jaga sama kita.

“Saya pun tak tahu macam mana dia boleh dapat (menang dalam pilihanraya) sebab kalau letak satu ekor anjing pun boleh menang (sebab) anjing pun lebih baik dari dia… kalau dia ada depan saya pun saya akan cakap anjing lebih baik dari dia (kerana) anjing pun tahu sopan berbanding dia, ini macam punya YB mana kita boleh pakai,” ujarnya sebentar tadi.

Ah Chai turut mengesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhenti dari mempolitikkan isu air sebaliknya berusaha untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan kadar segera.

“Sebab itu isu pada saya (isu air) ini jangan dijadikan isu politk, (kerajaan Pakatan) dan menang Selangor (sebab itu) kena jaga elok (jadi) lain kali rakyat boleh sokong lagi.

“Kita (pengundi) dah tak boleh sokong lagi (Adun DAP) kawasan Teratai, ” katanya ketika melahirkan rasa kecewa terhadap kerajaan PH pimpinan PKR.

Syabas sebelum ini memaklumkan sebanyak 65 kawasan di Kuala Lumpur termasuk Taman Pandan Perdana mengalami gangguan bekalan air akibat pengeluaran rendah air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Langat, Ahad lalu.

 – SuaraTV


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top