Melihat kepada keratan poster atau mungkin dari artikel akhbar berbahasa cina yang dijadikan dalam bentuk poster dan terjemahan yang sedang tular di laman internet, WhatsApp. Pihak berkuasa sudah boleh menyiasat dengan serius, apa maksud poster atau mungkin keratan akhbar cina ini?

Niat untuk menghina Jakim kerana isu "kek halal McD" atau menghina Sultan Johor kononnya makan di kedai nasi ayam cina yang kononnya tidak halal?

Bodohnya yang membuat poster atau artikel berbahasa cina yang tidak mampu untuk memahami apa maksud halal bagi orang Islam. Semua perkara kalau boleh mereka ingin politikkan untuk meraih undi serta menimbulkan kebencian antara penganut kepercayaan yang berbeza.

Terjemahan poster:
Johor Sultan patronising a Hainanese chicken rice shop in Malacca. He also ordered roast chicken and normal white steam chicken to bring back to palace.It's a slap in the face to Jakim n McDonald to emphasise halal in a multi-cultural, religious and ethnic country like M'sia. 





Daripada facebook rasmi Duli Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar :

DYMM Sultan Johor pada Jumaat lalu (6hb Januari) mengejutkan para pengunjung sebuah Restoran Nasi Ayam yang mempunyai sijil pengiktirafan halal di Melaka apabila singgah untuk santapan tengah hari bersama anakanda bongsu, Tunku Abu Bakar, Tunku Putera Johor.

Sultan Ibrahim yang diiringi beberapa orang pegawai bukan sahaja bersantap hidangan Nasi Ayam Hainan dan bebola nasi, malah baginda juga berkenan membawa pulang bungkusan nasi ayam untuk pegawai istana.

Baginda bertitah bahawa isu Halal telah menjadi satu isu hangat di kalangan ektremis agama pada masa kini.

“Sebagai umat Islam, kita haruslah mengikut panduan kitab suci Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Sebagai rakyat negeri ini, kita hendaklah hidup secara aman dan harmoni, tidak kira bangsa dan agama.

Tuanku Ibrahim juga berkenan melawat Pantai Penyabong dan gerai buah-buahan di Mersing sambil beramah mesra bersama rakyat.


HRH The Sultan of Johor surprised patrons at a Halal-certified Chicken Rice shop in Malacca last Friday (6th January) when he dropped in unannounced to have lunch, together with his youngest son, Tunku Abu Bakar, Tunku Putera Johor.
Sultan Ibrahim, who was accompanied by several officials, not only had a hearty meal but also ordered several take-away packs for his palace staff.
Later, His Royal Highness said the "halal” issue had been blown out of proportion, as reported in the news and social media.
"As Muslims, we follow the guidance of the Holy Qur'an and the Sunnah of Prophet Muhammad (May Peace Be Upon Him), and this includes living in peace and harmony as the people of this state, irrespective of our different faiths or religions," he said.

The Ruler also visited Penyabong beach in Mersing, where he dropped by the food stalls unannounced, to the great joy of local residents, who besieged him for selfies.

Mungkin mereka lupa bahawa restoran nasi ayam tersebut adalah premis makanan yang mendapat Sijil Halal dari Jakim. Cubaan menanam keraguan bahawa "kedai cina tidak halal" adalah satu perbuatan yang amat bahaya.


Post a Comment Blogger

 
Top