.... Mahathir Melampaui Batas - Sultan Johor | AAKJ



Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar membidas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mendakwa negeri itu 'menyerahkan tanah kepada orang Cina' dengan menyifatkan ahli politik veteran itu telah 'melampaui batas'.

Dalam temu bual eksklusif dengan The Star yang disiarkan hari ini, Sultan Johor dilaporkan bertitah, baginda 'amat tersinggung dan disakiti' dengan beberapa ulasan Mahathir yang dibuat sejak beberapa minggu yang lalu.

"Cukuplah cukup. Selama ini ini beta telah mengelak untuk mengulas mengenai kontroversi mengenai City Forest yang diperkatakan oleh Dr Mahathir dan para penyokongnya.

"Tetapi Dr Mahathir telah melampaui batas dengan kata-kata beliau berkenaan isu tersebut. Beliau membuat dakwaan 700,000 rakyat tanah besar China akan tinggal di JB dengan akan diberikan kewarganegaraan dan sebahagian besar tanah telah dijual kepada Cina.

"Beliau beri gambaran bahawa Johor serahkan tanah kepada orang Cina dan kami tidak pertahankan kedaulatan negara, membuat perbandingan sehingga tahap bagaimana penyerahan Singapura kepada British," titah baginda, memetik laporan The Star menerusi temu bual di Istana Bukit Serene.



sumber Mkini

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top