Datuk Lajim Ukin dikatakan telah menerima notis bankrap yang disiarkan dalam akhbar utama tanahair dan viral di media sosial. Beliau yang meneraju Parti Harapan Rakyat Sabah telah menjalinkan kerjasama dengan gabungan parti pembangkang tempatan lain iaitu Gabungan Sabah (USA).

Mahkamah telah diarahkan oleh CIMB Islamic Bank Berhad untuk mengeluarkan notis tersebut. Oleh itu mahkamah melanjutkan tarikh notis sehingga 24 April 2017. Sebelum ini notis tersebut turut diterbitkan dalam The Daily Express. Walaubagaimanapun PRU14.tv tidak dapat memastikan atas sebab apa notis tersebut dikeluarkan. Kami cuma berharap pihak Lajim Ukin akan tampil bagi menjelaskan perkara tersebut.

Pada 8 Januari lepas, memetik laporan portal Suara Masyarakat SabahLajim berkata, partinya akan menyertai USA yang kini terdiri daripada gabungan tiga parti sebagai sebuah parti komponen, bukannya sebagai pakatan pilihan raya yang longgar. Ini menjadikan gabungan itu mempunyai empat parti yang berkerjasama. Tiga parti sebelum ini adalah Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Reformasi Negeri (Star).

Ini bermakna, satu-satunya parti pembangkang tempatan yang kini tidak bergabung dalam pakatan itu adalah Parti Warisan Sabah diketuai oleh bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Kami buat keputusan Parti Harapan Rakyat Sabah akan menyertai Gabungan Sabah bagi berdepan Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang dalam usaha meningkatkan peluang mengalahkan parti pemerintah,” kata Lajim pada satu perhimpunan di Kuala Penyu, Ahad.

Bekas ahli PKR itu juga berkata beliau yakin empat parti itu boleh mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi di kalangan mereka.

“Malah kita juga boleh bekerjasama dengan Pakatan Harapan, dengan syarat mereka akan membuka jalan bagi parti-parti yang berpengkalan di Sabah mengetuai pertempuran di negeri ini,” katanya, sambil menambah adalah lebih baik parti-parti tempatan dibiarkan menguasai negeri, bukan parti yang berpusat di Semenanjung.

Mungkinkah akan ada perubahan mendadak dalam percaturan politik Lajim Ukin ekoran tersebarnya isu notis bankrap yang dikenakan terhadap beliau? Nampaknya hasrat beliau dilihat menemui jalan buntu sekali lagi.
PRU14.tv 





Post a Comment Blogger

 
Top