.... Kulit Muka Saifuddin "Tebal Macam Kulit Babi"? | AAKJ



Ketika menulis post ini saya meletakan diri saya bukan seorang ahli Umno. Hanya sbg org yg tidak berpihak kpd mana2 parti politik.

Sejak semalam saya merasa sedih melihat gambar ini. Bukannya sedih yg bersifat perkauman. Tapi saya sedih melihat nasib yg menimpa Saifuddin Nasution.

Dalam parti politik taraf dia dgn taraf Guan Eng adalah sama. Mereka sama2 berpangkat sbg SUA. Saiz parti mereka juga hampir sama. Kekuatan parti mereka juga hampir sama walaupun PKR jauh lbh muda.

Tapi PKR dan Saifuddin terpaksa merendahkan diri mereka kepada DAP demi utk memberikan Saifuddin kedudukan dan pendapatan selepas sekian lama terumbang ambing kerana kalah dlm PRU 13.

Jika kita amati sejarah perjalanan politik Saifuddin, beliau jauh lebih senior dari Rafizi, Nik Nazmi, Zuraidah Kamaruddin, Shamsul Iskandar dan ramai lagilah. Beliau seangkatan dgn Azmin, Johari Abdul dlm membangunkan PKR . Manakala dlm Umno pula rakan2nya yg dulu adalah Zahid Hamidi, Hishamuddin Husein, Aziz Sheikh Fadzir , Dato Ir Nawawi Ahmad, Dato Seri Mahdzir Khalid, Khaled Nordin dan ramai lagilah.

Namun begitu nasibnya tidak sebaik kawan2nya yg masing2 ada jawatan dan kedudukan sekarang . Kenapa ? Semuanya kerana silap dia sendiri. Tidak konsisten dlm perjuangan. Suka berpindah parti dan kawasan p.raya.

Saifuddin memulakan langkah dlm politik ketika masih belajar bersama2 dgn Pas. Kemudian bersama Umno dan pegang jawatan dlm pemuda di zaman Datuk Zahid menjadi KP. Kemudian pergi kpd PKR (dulu PKN). Tahun 2000 bertanding PRK Lunas dan menang. Tahun 2004 kalah dan PKR semakin melemah. Mungkin kerana daya juang tidak kuat lg utk bersama parti yg sdg melemah, beliau membawa diri ke Kelantan utk bersama2 Pas dan diberi jawatan di Yayasan Tok Kenali. Tahun 2008 dia diberi bertanding di parlimen Machang dan menang.

Tahun 2008 juga menyaksikan PKR menang besar hingga berjaya tubuh kerajaan di Selangor. Saifuddin kembali rapat ke PKR semula. Tahun 2013 dia pindah kerusi lagi. Kali ini balik semula ke parlimen Kulim. Tempat lamanya. Dan dia kalah. Selepas kalah di Kedah, dia dibawa ke Selangor pula dan diberi tempat di pejabat MB,Khalid Ibrahim. Tidak lama selepas itu Khalid Ibrahim pula ditumbangkan. Sekarang ke P.Pinang pula demi utk meneruskan kelangsungan hidup.

Pengajaran yg boleh kita ambil dari nasib yg menimpa Saifuddin;

Dalam politik atau dlm perjuangan jika kita mempunyai cita2 utk berjaya maka kita kena konsisten. Jgn mudah putus asa atau kecewa. Bila parti lemah sikit kita mula kecewa atau sebagainya. Itu tak betul. Lihatlah Azmin, dari awal PKR ditubuhkan beliau konsisten bersama PKR disaat parti lemah atau kuat. Begitu juga dgn kerusi p.raya. Beliau konsisten bertanding dikawasan Hulu Klang dan Gombak. Sedangkan beliau boleh pilih utk lompat sana sini kerana dia ada kuasa utk tentukan kerusi mana yg mahu ditandinginya.

Lihat juga Datuk Zahid Hamidi. Bukan rahsia lagi beliau adalah org kuat Anwar Ibrahim dulu. Bila Anwar dipecat dan Zahid ditahan ISA sekalipun, beliau tetap istiqamah dlm perjuangannya bersama Umno. Hari ini dimana kedudukannya ?

Dari facebook  Mohd Faisal 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top