.... Ketua Pemuda PAN Dakwa Tumbangkan BN Adalah Tuntutan Islam? | AAKJ




Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) seolah-olah mahu mendakwa usaha menumbangkan kerajaan Malaysia perlu dilakukan kerana ia merupakan tuntutan agama Islam.

Ketua Pemudanya, Mohd. Sany Hamzan mendakwa kononnya kerajaan sedia ada perlu diubah dan digantikan dengan sebuah kerajaan yang baharu dalam kalangan pemimpin lain.

Beliau turut memetik sepotong ayat suci yang bermaksud Allah S.W.T tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.

“Keadaan negara yang semakin tenat menuntut kepada perubahan rakyat secara total terutama golongan muda. Islam sendiri mengajar kita untuk membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan menjatuhkan kebathilan yang berlaku.

“Kerajaan yang ada pada hari ini sejak turun temurun telah gagal untuk membawa aspirasi rakyat,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ironinya, PAN merupakan salah sebuah anggota Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti DAP.

Umum mengetahui tentang hasrat DAP mahu menjadikan Malaysia sebuah negara sekular mutlak sejak berpuluh tahun lalu.

Malah, DAP adalah penentang kuat kepada usaha memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah seperti yang diusulkan di Parlimen baru-baru ini.

Dakwaan kononnya kerajaan sedia ada sejak turun temurun gagal membawa aspirasi rakyat juga satu tuduhan yang melampau.

Realitinya, rakyat Malaysia sedang menjalani kehidupan yang lebih baik berbanding beberapa negara lain termasuk dalam aspek keselamatan, kebebasan dan ekonomi. – MYNEWSHUB

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top