.... Kerajaan Johor Didakwa Sediakan Tapak Rumah Untuk Bangsa Komunis - Adik Naib Presiden PPBM | AAKJ



Adik kepada Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Hamidah Osman mendakwa kerajaan negeri Johor sedang menyediakan tapak perumahan untuk bangsa komunis.

Hamizura Osman melalui status di laman Facebooknya semalam turut mengucapkan tahniah kepada ‘Bangsa Johor’ kerana bakal mendapat ramai kenalan baharu dikalangan bangsa komunis.

“Tahniah bangsa Johor, lepas ni ramai dapat kawan-kawan dari bangsa komunis. Lihatlah pembangunan yang pesat di Forest City. Bandar baru yang menyediakan tapak untuk bangsa komunis bermaustatin di Malaysia.

“Kami di Perak tak perlukan pembangunan untuk bangsa luar seperti apa yang dilakukan di Johor,” ujarnya memetik kenyataan tersebut.

Selain itu, Hamizura turut memuat naik laporan yang diterbitkan CCTV News mengenai status pembangunan di kawasan Forest City.

Kenyataan tersebut dipercayai merujuk kepada kritikan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas bekas perdana menteri itu mempersoalkan pelaburan hartanah China di negeri itu melalui projek kontroversi Forest City berdekatan sempadan Singapura.

Kritikan istana itu disusuli dengan jawapan balas Dr Mahathir, yang juga pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mempertahankan bantahannya terhadap projek itu di samping menyatakan kesediaan dituduh “derhaka” kerana berselisih pendapat dengan raja.

Semalam, Sultan Ibrahim berkata beliau tidak berminat memanjangkan perdebatannya dengan Dr Mahathir.

Sementara itu tinjauan SuaraTV di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna media sosial membidas status tersebut yang di dakwa berbaur hinaan terhadap Sultan Johor sambil menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan.

“Ni nak kaitkn komunis ngan bangsa jhor dh knpa?prnah ke lawan kmunis?prnah ke jaga sempadan?prnah ke msuk hutan..pikul overset brbelas kilo mredah bukit..mgharung sungai..mredah paya?prnah kr brkelam dlm hutan tbal yg sntiasa redup wlau matahari pacak atas ats kpala?statemnt biar cntik..isuny kn tun m mjwab je..tun m.mjwab pun secara berhemah..contohi cara dan bdaya tun m mjwab sesuatu isu..bkn smakin keruhkan keadaan,” kata Adam Muallim.

“Hamizura ko apa hal,tumpukn pd parti la lawan bn dulu,parti ni bru di tubuhkn,ko plk nk melemahkn org di johor masuk ppbm,klau di negeri perak x nk buat mcm tu jg la disana,perkuatkn la parti dulu tarik pengundi2 bru nk masuk ppbm,ni tidk ko masih nk pertikaikn lg..aku msuk ppbm ni pon kerana tmys,jd sama2 la kita tentang bn,sultan johor thu la apa dia buat,fkus la,” ujar Han Lin Nur.

“75% rakyat johor sangat menghormati sultannya. Nak tau kenapa?? Sbb banyak aktiviti rakyat x kira dibandar atau diceruk2 kampung yang dianjur oleh sultan johor.. sekiranya satu parti politik berkata apa2 yang bole mendatangkan keburukan pada institusi kesultanan johor maka aku bole ckap , BYE2,” tegas Mohd Ruzaimi Husain

“Zura ini mulut die lbh busuk drp mulut pelacur.lagi pun negeri johor bukan negeri mak bapak kau punya.kenapa kau sibuk dgn pembangunan dinegeri johor. apakah negeri perak takada rakyat berjiwa komunis ker.parti kau bukan ker bergabung dgn parti komunis.rupa jer npak mcm cantik tapi hati dan akal mcm babi.parti kau ini mmng parti sampah yg busuk.buang sifat angkuh dan riak kau itu sbb makin lama makin bodoh dan makin bangap npak pd diri sendiri,” ujar Abd Karim pula. 

SUMBER – SuaraTV


Penafian: azmykelanajaya.com tidak bertanggung jawab ke atas mana-mana artikel yang diambil dari sumber asal. Pihak yang terbabit perlu tampil bersihkan dakwaan.


Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top