.... Kenapa Baru Sekarang Riuh Skandal FOREX, BMF? | AAKJ





Penukaran status ‘sulit’ oleh CIA terhadap 13 juta dokumennya bagi membolehkan dibaca oleh pihak awam selepas 30 tahun, termasuklah dokumen-dokumen yang melibatkan Skandal BMF, akhirnya mendedahkan banyak perkara terutama yang berkaitan dengan serangan bertali arus Mahathir terhadap 1MDB selain sikap lidah bercabang pemimpin pembangkang, khususnya Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng.



SKANDAL BMF – RM9.5 BILION

Skandal BMF mencapai kemuncak terutama selepas pembunuhan Abdul Jalil Ibrahim pada tahun 1983. Di sebalik siasatan terhadap jenayah pembunuhan dan penghukuman beberapa orang ‘kambing hitam’, siasatan sebenar dan lebih terperinci terhadap skandal ini tidak pernah dibuat.

Hasilnya kerajaan yang dipimpin oleh Mahathir pada waktu itu kerugian RM2.5 bilion bersamaan dengan nilai pada hari ini RM9.5 bilion wang rakyat. Kerugian wang rakyat tersebut tidak pernah ditebus kembali atau lebih tepat lagi disebut sebagai RUGI TERUS.

Tiada laporan khas Ketua Audit Negara. Tiada juga Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC). Tiada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ketika itu Badan Pencegah Rasuah) dan tiada juga siasatan oleh Polis Diraja Malaysia.

Kecuali sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tiga orang yang mempunyai kuasa terhad telah dibentuk. Laporan akhir bagaimanapun, tidak dibentangkan di Parlimen. Malah ia tidak dibenarkan didedahkan kepada orang awam.

Tiada perolehan fizikal nyata sebaliknya wang Petronas telah digunakan sebanyak tiga kali untuk proses BAIL-OUT.



SKANDAL MAMINCO – RM5.6 BILION

Tahun 1985, satu lagi siri skandal kewangan melibatkan Mahathir menggegarkan negara dan dunia.

Impak kerugian kepada negara waktu itu adalah RM1.5 bilion yang bersamaan nilainya pada hari ini adalah RM5.6 bilion wang rakyat. Sama seperti Skandal BMF, kerugian tersebut tidak pernah ditebus kembali atau lebih tepat lagi disebut sebagai KERUGIAN TOTAL.

Untuk jumlah terhapus begitu banyak sekali iaitu RM5.6 bilion, berapa banyak rumah mampu milik dapat dibina dan diberi percuma kepada rakyat. 40,000 buah rumah mampu milik!

Seperti Skandal BMF, Maminco juga tidak disentuh oleh Laporan Khas Ketua Audit Negara. Tiada laporan PAC. Tiada siasatan BPR dan tidak juga disiasat oleh PDRM. Malah, tiada pula kita dengar Perdana Menteri dipanggil untuk disiasat.

MAMINCO adalah contoh terbaik bagaimana wang rakyat telah diperjudikan sewenang-wenangnya. Kesan daripada Skandal MAMINCO menyebabkan industri bijih timah negara merudum sehingga ke hari ini, sedangkan pada waktu itu, timah merupakan industri dan eksport utama negara.



SPEKULASI MAWATANG – RM83.2 BILION

Tahun 1991, skandal yang paling menggegarkan negara, bahkan mendapat perhatian daripada industri kewangan dunia apabila Bank Negara Malaysia menerusi Gabenornya, Jaafar Husin mengakui penglibatan dalam spekulasi matawang.

Kerugian yang ditanggung oleh Bank Negara Malaysia pada waktu itu adalah RM30 bilion yang nilainya pada hari ini adalah RM83.2 bilion wang rakyat.

Kepimpinan Mahathir dan BNM pada waktu itu telah memperjudikan wang rakyat secara sewenang-wenangnya bahkan nilai yang diperjudikan di pasaran spekulatif tersebut berkali-kali ganda berbanding rizab yang dimiliki oleh BNM.

Ironinya, di sebalik kerugian besar, ianya didiamkan sahaja oleh kepimpinan Mahathir.

Tiada Laporan Khas Ketua Audit Negara. Tiada Laporan PAC. Tiada siasatan SPRM dan PDRM.

Usaha-usaha menutup bukti selain mengambil sikap berdiam diri, merupakan pendekatan terbaik agar kerugian yang perlu ditanggung oleh rakyat Malaysia dan kepimpinan negara selepas Mahathir, tidak diheboh-hebohkan.

Wang rakyat RM30 bilion yang bersamaan nilai RM83.2 bilion pada hari ini, lenyap begitu sahaja. Malah ia dianggap sebagai KERUGIAN TOTAL. Berapa banyak rumah mampu milik boleh dibina dengan wang RM83.2 bilion itu.



1MDB

Bagaimana pula dengan 1MDB yang diriuhkan oleh Mahathir dan penyokong serta kepimpinan pembangkang?

1MDB telah memberikan impak kepada kerajaan sebanyak RM55 bilion. Bermodalkan hanya RM1 juta oleh kerajaan, baki impak tersebut datang dari bon dan sukuk serta pinjaman jangka panjang. RM55 bilion merupakan kemuncak daripada jumlah keseluruhan pinjaman.

Bagaimanapun, 1MDB berjaya memulangkan kembali sebanyak RM30 bilion menerusi penjualan Edra (RM17 bilion dalam bentuk tunai dan pengambilalihan hutang), jualan kepentingan Bandar Malaysia yang berjumlah RM7.4 bilion selain penjualan beberapa aset lain termasuklah TRX. Usaha-usaha berterusan dan proaktif sedang diambil oleh pengurusan 1MDB untuk mengecilkan jumlah hutang dan pinjaman.

Berbanding BMF, MAMINCO dan BNM, kerugian yang berjumlah lebih RM100 bilion telah dilupuskan begitu sahaja, kepimpinan negara pada hari ini membuat pemantauan rapi ke atas urusniaga 1MDB menerusi pelbagai langkah termasuklah pengurangan jumlah hutang dan perolehan semula menerusi jualan baki aset, arbitrasi dengan IPIC dan penebusan semula unit.

Bayaran kembali sukuk dan bon hanya akan dibuat bermula pada tahun 2022 sehingga 2039. Tempoh yang agak panjang tersebut membolehkan hutang dan pinjaman diselesaikan mengikut jadual apabila pelbagai langkah untuk perolehan semula selain penyusunan urusniaga 1MDB diatur secara lebih efektif.

Impak 1MDB pada hari ini hanya RM25 bilion selepas ditubuhkan dan jumlah tersebut semakin mengecil dari semasa ke semasa.

Berbanding BMF, MAMINCO dan BNM yang langsung tidak disiasat dan kertas putihnya tidak dibentangkan kepada Parlimen, Laporan Khas Ketua Audit Negara tentang 1MDB telah disiapkan dan dibentangkan kepada anggota-anggota PAC yang mana sebahagian daripada mereka adalah Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Laporan tersebut kemudiannya telah digunakan sebagai dapatan dalam Laporan Akhir PAC.

Laporan PAC melibatkan 1MDB juga telah dibentangkan di Parlimen. 1MDB juga telah disiasat oleh PAC. Malah SPRM dan PDRM turut terlibat membuat siasatan ke atas 1MDB.

Sekurang-kurangnya 8 buah pangkalan tentera yang dibiayai sepenuhnya oleh 1MDB telah dan sedang dibina. Manakala TRX dan Bandar Malaysia pula berterusan dibangunkan dan menghasilkan aktiviti ekonomi untuk Malaysia dan rakyatnya bagi tempoh 20 tahun ini.

Malah, rakyat dan penduduk di Sabah dan Sarawak menikmati Lebuhraya Pan-Borneo yang bebas tol di mana jaraknya jauh lebih panjang berbanding PLUS yang dibina pada zaman Mahathir di Semenanjung, menerusi pembiayaan 1MDB.

Mengapa hanya sekarang kita bercakap mengenainya selepas 26 tahun? Nah, jawapannya adalah mudah bagi anda yang terlalu sukar untuk memahami. Sebelum ini kita tidak tahu cerita sebenar serta nilai jumlah sebenar kerugiannya. Beberapa hari lepas, kita telah diberitahu tentang kebenarannya. Itulah sebabnya kita bercakap mengenainya sekarang selepas 26 tahun.
BACA selanjutnya di SINI 

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top