.... Gagasan Sejahtera PAS Bertaraf Sampah – PAN | AAKJ



Rakyat menganggap blok ketiga parti politik yang diwujudkan PAS dan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dikenali sebagai Gagasan Sejahtera sebagai sebuah parti bebas bertaraf sampah.

Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Sany Hamzan berkata, blok ketiga parti politik yang diwujudkan PAN adalah sebuah gabungan parti pembangkang yang tidak berpendirian seperti Pakatan Harapan.

“Rakyat menganggap blok ketiga adalah seperti calon bebas yang tidak mampu untuk membuat perubahan kepada tampuk pemerintahan negara.

“Mengundi blok ketiga adalah umpama membuang undi ke tong sampah sahaja kerana ia tidak mampu untuk memberikan satu kuasa yang ampuh untuk mendapatkan kuasa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Sany berkata, kajian oleh Invoke yang diasaskan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendapati PAS dijangka kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malangnya, kata beliau, PAS masih memiliki segmen pengundi keliru yang kurang terdedah dengan perkembangan politik.

Bagaimanapun, beliau memberi jaminan Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan membuat penerangan di seluruh negara supaya rakyat tidak mengundi PAS.

“Pengundi keliru ini dijangka akan berkurang menjelang PRU14 nanti Pakatan Harapan dan PPBM akan membuat penerangan seluruh negara tentang peri pentingnya menggundi pakatan.

“Pengundi-pengundi yang dahulunya keliru akan mengambil sikap menolak PAS setelah mereka mendapat penerangan dan penjelasan sebenar,” dakwanya. – Mynewshub

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top