.... Foto Rakyat Terengganu Tolak Mukhriz, PPBM | AAKJ



Menurut TerengganuTimes, kehadiran Timbalan Presiden Dato’ Seri Mukhriz Tun Mahathir dan beberapa ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat gagal menarik lebih ramai hadirin di majlis Bicara Rakyat Bersatu 2017 di Bukit Besi, Dungun semalam.

Pada majlis itu, kira-kira 100 orang sahaja yang hadir dengan lebih separuh daripadanya merupakan orang dari luar Terengganu.

Nyata sekali aura Mukhriz di negeri Terengganu tiada dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menghantar anaknya itu hanya sia-sia dan gagal sama sekali kerana Mahathir telah banyak menguriskan hati orang Melayu terutamanya di Terengganu ini yang mempunyai purata 98 peratus Melayu.

Dalam ucapannya, Mukhriz turut membaca beberapa manifesto PPBM jika menang PRU14 antaranya mahu meneruskan pemberian BR1M seperti yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan BN ketika ini.

Kata beliau, BR1M akan diubah mekanisma pemberiannya mengikut apa yang dirasakan sesuai oleh parti itu.





Sebelum ini bapanya, Tun Mahathir menyatakan BR1M itu sebagai dedak dan juga rasuah kepada rakyat untuk terus menyokong kerajaan dan ianya salah disisi undang-undang negara.

BR1M yang telah memberi manfaat kepada hampir 8 juta rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana sebelum ini telah banyak membantu kerajaan menstabilkan ekonomi dalam negera khasnya.

Dan baru-baru ini juga (14 januari) dalam ucapan Pengerusi PPBM, Mahathir telah membuat U-Turn dengan mengekalkan pemberian BR1M kepada rakyat setelah mendapat cemuhan dari rakyat yang menerimanya.

Umum mengetahui Mahathir dan seluruh ahli keluarganya telah menjadi antara 10 terkaya di Malaysia dengan aset serta pendapatan yang berbillion ringgit hasil daripada pemerintahan Mahathir selama 22 tahu dahulu.

Turut menyampaikan ucapan pada majlis itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Muhammad Zahid Mat Arip yang juga bekas Mursyidul Am TIBAI.

Selain itu, dalam ceramah itu juga diedarkan cetakan fitnah “recycle” yang mana sebelum ini telah terbukti salah dari faktanya turut menjadi bahan mereka menghentam kerajaan dan UMNO.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top