.... Foto Pemimpin Muslim Myanmar Maut Ditembak Dari Jarak Dekat | AAKJ



Artikel MNH:

ARC SERU SIASATAN BEBAS ANTARABANGSA DIWUJUDKAN MENYIASAT PEMBUNUHAN U KO NI



U Ko Ni, 53 seorang pemimpin Muslim Myanmar telah dibunuh di Lapangan Terbang Yangoon pada 29 Januari 2017 setibanya dari Jakarta dari lawatan kerja. Beliau terkenal atas usahanya advokasinya dalam mewujudkan toleransi antara agama di Myanmar.

Sehubungan itu Asean Rohingya Center (ARC) mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan tersebut dan menggesa suatu siasatan bebas antarabangsa ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.

Perkara ini perlu dilaksanakan demi membersihkan persepsi masyarakat global bahawa ada penglibatan tentera Myanmar dan ekstrimis Buddha dalam pembunuhannya.

U Ko Ni, seorang peguam adalah penasihat kepada National League for Democracy (NLD) iaitu parti yang membentuk Kerajaan Myanmar yang diketuai oleh Aung San Su Kyi. Seorang aktivis NLD sejak di universiti pada tahun 1988 serta pernah di kenakan tahanan atas kegiatannya menentang kerajaan junta Myanmar pada masa itu. Beliau yang mencadangkan agar Su Kyi memegang jawatan State Counsellor suatu jawatan dan fungsi yang sebelum ini tidak wujud di Myanmar.

Apa yang lebih penting ialah beliau adalah seorang yang memperjuangkan hak-hak Muslim di Myanmar, ini jelas apabila beliau pengasas Persatuan Peguam Muslim Myanmar yang ditubuhkan tahun lepas. Kelantangannya membuatkan beliau digeruni dan seterusnya di musuhi serta mungkin sebab utama pembunuhannya.

Sehubungan itu Asean Rohingya Center (ARC) menyeru agar umat Islam dan seluruh warga dunia yang cintakan keamanan dan toleransi antara agama untuk berkabung atas pemergiannya. ARC menyeru masjid dan surau di seluruh negara khususnya yang kariahnya terdiri dari masyarakat Myanmar Muslim dan Rohingya untuk mengadakan majlis solat jenazah ghaib dan tahlil untuknya. Semoga ruhnya dicucuri rahmat.

Sekian.

Dr Helmi Ibrahim,

Pengarah Eksekutif, Asean Rohingya Center (ARC)

016.3668948



Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top