.... Fitnah 'Ceiba Chodatii': Kerajaan Terengganu Wajar Saman Razak Bidin | AAKJ



Dari sumber, Terengganu Times:

Isu pokok RM 180 ribu jelas satu tuduhan klasifikasikan sebagai FITNAH dan berniat jahat kepada kerajaan negeri serta YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga ketua UMNO bahagian Kuala Nerus.

Hari ini Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu Ir. Ab. Hamid Md. Daud memberikan penjelasan berkenaan FITNAH yang ditularkan oleh akaun Facebook Razak Bidin yang telah disambut oleh ahli serta Pesuruhjaya PAS Terengganu Saitifu Bahri Mamat semalam.

Pelbagai andaian yang telah dibuat dan pelbagai versi dosa kering yang dijaja oleh penyokong PAS Terengganu kerana termakan dengan berita yang tidak ada kesahihan dan kebenarannya.

Pihak kerajaan negeri digesa segera mengambil tindakan undang-undang dan saman malu terhadap fitnah yang telah ditularkan semalam khususnya Razak Bidin.

Antara nama akaun FB yang menyebarkan berita fitnah itu termasuklah Adun Paka Saitifu Bahri Mamat, Sabrie Yusof dan Fan Page JKKK Fan Club.

Kesemua akaun FB yang cenderung kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) itu turut membuat serangan peribadi kepada Menteri Besar dan tiada contoh yang baik telah diterjemahkan oleh mereka yang memperjuangkan dasar-dasar Islam kononnyalah.

Ada persoalan yang timbul, ADAKAH Razak Bidin tidak mendapat tender berkenaan atau melobi-lobi tetapi terlepas?



Kenyataan Media JKR Penjelasan isu pokok ceiba chodatii di Bandar Baharu Kuala Nerus.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu ingin menegaskan bahawa pembelian pokok ceiba chodatii itu langsung tidak melibatkan sebarang kos kewangan kepada kerajaan negeri.

Sebaliknya, pembelian pokok tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kontraktor utama projek berkenaan dan juga tidak termasuk di dalam skop projek.

Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan.

IR. AB. HAMID BIN MD. DAUD

Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top