Licik dan perlu ada sifat kehaiwanan yang tinggi sekiranya ingin bermain politik berpaksikan kepentingan diri. Itulah yang ada pada diri Ezam walaupun tahap kebinatangan politiknya tidak mampu menyaingi gaya politik Tun Dr Mahathir.

Tindakan Ezam tidak sukar untuk dibaca. Walaupun beliau mendapat pelbagai keistimewaan ketika meninggalkan Anwar Ibrahim yang sah melakukan jenayah liwat bekas pekerjanya sendiri dan menyeberangi kepada UMNO, namun akhirnya terhidu juga siapa Ezam sebenarnya. Natijah, Ezam tidak lagi disambung kontrak perjawatan di Kementerian Kewangan.

Ramai ahli UMNO menarik nafas lega apabila kontraknya di kementerian tersebut tidak lagi disambung. Bayangkan semasa menjadi ahli Dewan Negara, Ezam Mohd Nor tidak pernah sekali pun naik ke pentas ceramah politik dan ‘berhadapan’ dengan tohmahan Anwar bin Ibrahim, Ketua Umum PKR.

Anwar Ibrahim dengan bebas menyerang kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan individu yang paling dekat dengannya suatu waktu dahulu adalah Ezam Mohd Nor. Apa yang Ezam buat selain memanaskan kerusi Senator yang dilantik oleh Najib Tun Razak? Kehulu ke hilir dengan segala kemudahan yang diberi. Ezam berdiam diri dan tidak menjawab. Seolah-olah beliau takut untuk berhadapan dengan Anwar walaupun di Parlimen.

Ahli UMNO ketika itu begitu mengharapkan Ezam Mohd Nor bangkit menyerang balas terhadap Anwar Ibrahim atau sekurangnya beliau menangkis segala tohmahan yang dilemparkan Anwar Ibrahim terhadap Perdana Menteri. Ezam Mohd Nor tidak melakukan apa-apa dan hanya memberi fokus terhadap membina imej diri sendiri kononnya pejuang korupsi melalui penerbitan buku tentang rasuah ketika memanaskan kerusi di kementeri kewangan.

Ezam Mohd Nor bukan sahaja menerima kritikan yang pedas ketika menjawat jawatan Senator kerana bersikap membisu. Ketika beliau di dalam Kementerian Kewangan sebagai ketua bahagian Strategik Komunikasi kementerian tersebut, beliau langsung dilihat tidak megambil peduli tentang isu cukai GST yang begitu panas ketika itu.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk memberi penjelasan berhubung dengan dasar kerajaan berkenaan dengan sistem percukaian negara, Ezam Mohd Nor memilih untuk sekali lagi berdiam diri dan menyibukkan diri dengan penerbitan buku tentang rasuah. Ketika itu angin kencang bertiup, Ezam mendesak untuk mendaki lagi tinggi, beliau ingin menjadi sekurang-kurangnya Timbalan Menteri?

Akhirnya ditunjukkan juga kepada seluruh rakyat Malaysia siapa Ezam Mohd Nor. Beliau memilih untuk sekali lagi menyeberang parti politik dan kali ini beliau meninggalkan UMNO dan bersama dengan PPBM, parti Mahathir, beliau mungkin terlupa tentang pengakuan yang beliau buat tentang adanya bukti rasuah mega yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Enam kotak sebagai bukti rasuah mega dan Ezam Mohd Nor mengaku beliau masih menyimpan bukti-bukti tersebut.



Paling tidak masuk akal, Ezam Mohd Nor mengaku masih memiliki enam kotak bukti rasuah mega yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad hanya beberapa bulan sebelum beliau mengisi borang keahlian parti politik yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri itu.

Jadi bagaimana sekarang? Ezam sudah lupa tentang pengakuan bukti-bukti tersebut atau apakah pengakuan terbaru Ezam? Mengikut bontot Rafizi Ramli dengan membuat pengakuan bahawa beliau bergurau juga selama ini?

Ada kedengaran suara-suara nakal, Ezam Mohd Nor dengan mudah dibeli oleh Tun Dr Mahathir bin Muhamad. Ezam Mohd Nor perlu perjelaskan situasi ini. Kotak bukti rasuah mega yang dilakukan Tun Dr Mahathir Muhamad masih ada atau ianya sebagai gurauan atau bukti rasuah mega yang Tun Dr Mahathir Muhamad lakukan sedang dalam proses pertukaran tangan.

Salah seorang dari sahabat Ezam Mohd Nor membuat pengakuan bahawa beliau mengenali diri Ezam sebagai kaki ugut, pengamal rasuah dan kaki ‘pow’. Dakwaan yang begitu serius ini bagaimana pun tidak dijawab secara serius oleh Ezam Mohd Nor. Beliau hanya sekadar menganggap tuduhan serius tersebut hanyalah mainan kecil pasukan siber pro kerajaan BN.

Mungkin pihak SPRM sudah boleh mula membuka kertas siasatan terhadap Ezam Mohd Nor berhubung pengakuan beliau terhadap skandal rasuah mega yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Muhamad.









PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman MYKMU dengan tajuk asal Ezam ‘Jual’ Kotak Kepada Mahathir?
 
Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.


Post a Comment Blogger

 
Top