.... Ezam Masih Guna Kad Petrol Milik Kementerian? | AAKJ




Benarkah apa yang didakwa oleh pemilik akaun facebook yang bernama Mohd Faisal beberapa hari yang lalu adalah berkaitan dengan Ezam Mohd Nor? Dan kalau ianya mempunyai kaitan maka pihak bekas majikannya, Kementerian Kewangan wajar tampil memberi penjelasan berhubung perkara yang begitu serius ini.

Baca di SINI


Mencuri bukan suatu jenayah yang boleh dipandang ringan. Dalam Islam pun hukumannya adalah potong tangan. Apa lagi kalau ianya melibatkan wang rakyat dan kedudukan si pencuri adalah sebagai individu yang diamanahkan untuk menjaga harta dan kepentingan milik rakyat.

Tidak masuk akal bagaimana seseorang yang sudah dipecat atau diberhentikan oleh majikan masih boleh secara terang-terang atau sembunyi menggunakan sesuatu yang sudah bukan miliknya lagi. 

Kalau aktiviti mencuri ini berlaku lebih dari sebulan maka ianya melibatkan beberapa pihak dan kemungkinan disengajakan. Mungkin juga perkara seumpama ini berlaku sudah lama dan sengaja disembunyikan. 

Mungkin emilik facebook, Mohd Faisal perlu membuat penjelasan, siapa dan apakah ianya melibatkan kementerian kewangan? 

Atau pihak kementerian kewangan perlu dedahkan skandal mencuri harta rakyat ini. Dan ianya bukan tertakluk dengan akta OSA pun.

Mohd Faisal pernah mencabar Ezam berhubung isu kaki ugut, pow - baca di SINI



Kita sedia maklum siapa Ezam Mohd Nor. Sepanjang beliau di dalam kerajaan dan memegang jawatan tertentu, beliau hanya menghabiskan masa melobi jawatan yang lebih tinggi dengan menjual kedudukannya sahaja.

Apa Ezam buat apabila rakyat bertanyakan perihal cukai GST. Pembangkang memfitnah cukai GST, sedangkan beliau berada di kerusi yang bertanggungjawab untuk menjelaskan secara terperinci kepada masyarakat. Malah bukan sekadar isu GST sahaja. Isu yang melibatkan kementerian kewangan, di mana suara jawapan dari Ezam Mohd Nor?

Apa yang beliau buat sepanjang memegang jawatan-jawatan yang diberi? Mencari salah kerajaan dan menggunakannya untuk mengugut atau untuk memenuhi tuntutan nafsu kebendaan yang beliau rasa belum mencukupi?

Isu 6 kotak pun Ezam tidak mampu untuk bersihkan dirinya, sekarang cuba berlakon membawa watak kononnya pembenteras rasuah?

Beliau menyibukkan dirinya berulang-alik ke SPRM untuk membongkar 1MDB kononnya mempunyai bukti wujudnya penyelewangan. Kalau ada bukti di tangan, kenapa perlu sampai habis tempoh kontrak perjawatan beliau panaskan kerusi di kementerian kewangan? Kenapa tidak berhenti sebaik sahaja laporan PAC dibentangkan behubung kedudukan 1MDB?

Taktik lapuk - pencuri sibukkan diri di balai polis kononnya orang lain mencuri. Apabila tertangkap maka si pencuri mengharapkan masyarakat membela beliau dan menyalahkan polis. Kenapa tangkap pelapor dan bukannya yang dilaporkan. Walhal polis menangkap beliau kerana mencuri babi dan laporan beliau tentang kecurian lembu masih dalam siasatan. Wallahhualam.





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top