.... Elizabeth Wong Mengaku Caj 20 Sen Plastik Beg Untuk Peniaga? | AAKJ



Melihat kepada sumber dari status facebook yang bernama Roket Kona, pihak kerajaan Selangor mula bertukar nada di dalam isu caj 20 sen kepada pengguna yang dikenakan oleh peniaga di Selangor.

Kalau benarlah dakwaan Roket Kona:-

Dulu katanya ini antara kempen untuk mencegah penggunaan beg plastik yang tidak baik kepada bumi - "green" kononnya. Kalau untuk program green, rakyat ingin tahu kemana disalurkan duit caj 20 sen itu? 

Kalau untuk kerajaan negeri maka mesti ada mekanisma seperti caj cukai GST dan lain-lain caj rasmi kepada rakyat. 

Kenapa caj 20 sen ini terus ke akaun peniaga dan Elizabeth Wong mengatakan bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun peniaga sama seperti semua produk lain yang dijual.

Tidak ada satu penjelasan konkrit kemana duit kutipan caj tersebut akan disalurkan. NGO mana yang mendapat manfaat dari projek green ini juga tidak disenaraikan. Bagaimana kalau tiba-tiba wujud satu "NGO Green" yang ditubuhkan semalam demi nak kaut caj 20 sen ini? Siapa nak tanggung unsur rasuah ini?

Kini Elizabeth Wong yang pernah namanya tercemar ekoran "skandal gambar lucah" yang dikatakan disebar oleh teman lelaki Melayunya mengatakan bahawa caj 20 sen tersebut sama dengan "menjual produk" yang lain. Dengan kata lain, kempen green tersebut sudah tidak wujud lagi dan perlukah lagi peniaga caj beg plastik yang harganya tidak sampai 2 sen sekeping?

Tidak adakah agensi yang boleh tangkap dan siasat Elizabeth Wong yang mewakili Kerajaan Selangor? Duit rakyat sedang dirompak!

CAJ 20 SEN BEG PLASTIK MASUK KANTUNG PENIAGA

Caj 20 sen yang dikenakan ke atas penggunaan beg plastik di Selangor tidak diserahkan kepada kerajaan negeri sebaliknya diambil oleh peniaga.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Elizabeth Wong berkata, bayaran tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun peniaga sama seperti semua produk lain yang dijual.

Jadi untuk apakah kerajaan Selangor mengenakan caj 20 sen jika ia masuk ke dalam kantung keuntungan peniaga?

Nampaknya kerajaan negeri dengan sengaja menambah beban kepada rakyat Selangor.

Bermula 1 Januari lalu, kerajaan negeri melarang penggunaan beg plastik dan setiap satu daripadanya akan dikenakan caj 20 sen jika diminta oleh pengguna.

Artikel Terkini

    Post a Comment Blogger

     
    Top