Pembangkang samada di peringkat pusat atau pun peringkat negeri kelihatan sudah hilang arah dan mula menunjukkan tahap kebodohan melampau seperti terkena sindrom gila meroyan. Mungkin pembangkang di Malaysia sudah habis idea untuk memfitnah Kerajaan BN.

Rafizi, Teresa Kok dan Khalid Samad menggunakan ayam malah yang 'memfitnah singa' pun ada sebagai bahan politik bodoh mereka tanpa memikirkan sensitiviti cina Malaysia yang lain, di Terengganu, pemimpin PAS dan barua-barua mereka menggunakan pokok Ceiba Chodatii pula sebagai isu politik dengan niat nak tanam kebencian rakyat Terengganu terhadap kepimpinan YAB Datuk Seri Ahmad Razif, Menteri Besar Terengganu.

Penjelasan dari JKR amat jelas - pokok spesis asalnya dari Brazil tersebut tidak melibatkan sesen pun duit kerajaan. Ianya adalah 'CSR' dari syarikat yang ada 'jiwa green' dan sekurangnya ianya ilmiah - rakyat boleh kenal spesis yang amat rare sekarang ini ada di Terengganu.

Diharap penjelasan simple di bawah ini boleh meredakan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pihak yang sudah ketagihan fitnah.

Jawapan daripada Ahmad Fauzan Abdul Kadir, Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, MB Razif:

1) Bukan urusan MB untuk cara hal pokok-pokok ni. Ada Jabatan kerajaan yang mengendalikan perkara berkenaan dan kenyataan telah dikeluarkan semalam.

2) Berkaitan dengan sumbangan: Tabung Sukan pun ada menerima sumbangan daripada syarikat-syarikat yang sudi menyumbang untuk melihat perkembangan sukan negeri. Apa salahnya kalau kalau syarikat korporat tersebut nak menyumbang untuk mencantikkan lagi bandar baharu?

Sekurang-kurangnya sumbangan tersebut tidak digunakan oleh individu. Oh, lupa. Pembangkang mana yang pernah minta sumbangan daripada ahli untuk bayar saman fitnah pemimpin mereka ya? 🙄

3) Pokok ikon Kuala Nerus: Sejak bila MB mengumumkan bahawa pokok tersebut ialah ikon Kuala Nerus? Dah check merata tempat, tak ada pulak diumumkan sedemikian? Pandai-pandai je awak-awak kata tu ikon Kuala Nerus.

4) Kelantan dulu merata tempat tanam pokok Kurma dalam bandar. Sebenarnya nak bagi projek dekat kroni je Bila orang tanya, kenapa tanam kurma? Uols jawab tengoklah macam mana selepas 5-6 tahun. Sekarang, pokok kurma di Kelantan jadi tumpuan untuk pengunjung bergambar.

Jadi, pokok tu unik, pokok tu baru tanam. Tunggulah 5-6 tahun lagi. Baru komen. Betul tak?

5) Kepada YB-YB pembangkang, pokok tu baru tanam. Uols dah kecam. Pastu, uols nak macam mana? Kena cabut balik ke? Lepas cabut, uols jadikan isu membazir pulak. Lepas tanam, cabut. Biar gok dulu pokok tu hidup. Lagipun, pembelian pokok tu bukan pakai duit kerajaan pun.

Jangan letak kesilapan pada YAB Menteri Besar Terengganu semata-mata. Banyak dah MB buat untuk rakyat. YB-YB pembangkang yang menguasai 3 kerusi Dun dan 1 Parlimen di Kuala Nerus, apa pembaharuan yang awak semua buat? Saya lihat benda sama je. Benda tuler.

Flyover di Jambatan Sultan Mahmud, Drawbridge di Seberang Takir untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, deme tak puji pulak inisiatif kerajaan? Ke YB-YB pembangkang guna jalan lain untuk ke lapangan terbang?

Entahlah. Cermin diri kita dulu sebelum keluarkan sebarang isu. Cuti-cuti Raya Cina ni, sepatutnya gunakan untuk meluangkan masa dengan keluarga. Bukan sebarkan fitnah. Thanks.


Post a Comment Blogger

 
Top