.... Bila Kena Batang Hidung, Mahathir Tidak Berani Saman CIA | AAKJ



Mahathir berkata, pendedahan dokumen laporan Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menyebut namanya itu bermotifkan politik.

Menurut bekas perdana menteri itu laporan dibuat agensi perisikan AS berkenaan ditulis untuk memburuk-burukkan dirinya kerana beliau begitu kritikal terhadap Barat.

“Mereka serang saya sebab saya tak pernah berhenti daripada kritik mereka kalau mereka buat salah.

“Jadi mereka mesti demonise me (memburuk-burukkan saya). Benda yang buat tu, dia (cuma) tuduhlah,” katanya kepada media di Putrajaya hari ini.

Ditanya sama ada dakwaan dibuat CIA itu adalah tidak berasas, Dr Mahathir berkata, apa yang berlaku itu terjadi antara 1981 hingga 1984.

“Apa yang anda bangkitkan sekarang? Bolehkah anda membetulkan apa-apa yang saya telah lakukan sebelum ini?

“Matlamatnya adalah politik. Mungkin ada seseorang mendapat manfaat daripadanya,” kata beliau.

Malangnya Mahathir tidak menyebut untuk menghalang atau menyaman CIA.




Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top