.... Bekas Pengarah Operasi Khas & Isteri Guna SPRM Rampas Harta Anak Yatim? | AAKJ



KENYATAAN AKHBAR
(UNTUK HEBAHAN SEGERA)


Dari facebook : Mai Secawan

PDRM DAN SPRM DIDESAK MENYIASAT LAPORAN- LAPORAN POLIS TERHADAP DAKWAAN SALAHGUNA KUASA OLEH BEKAS PENGARAH OPERASI KHAS SPRM

Subang Jaya, 20hb Januari 2017- Pengarah Kolej Islam Sains dan Teknologi, Puan Noraihan binti Che Ali pada hari ini telah mendesak pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dua laporan polis yang telah dibuat beliau pada awal tahun 2016 mengenai dakwaan salahguna kuasa oleh bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri bin Mohamad Zin.

Dalam satu sidang akhbar, Noraihan menceritakan bagaimana sepasukan anggota dari Unit Operasi Khas SPRM Putrajaya telah menggeledah rumahnya serta menyita dokumen-dokumen berkenaan dengan Kolej Islam Sains dan Teknologi(KIST) yang dijalankan bersama Allahyarham suaminya Muhamad Zamly bin Abdullah berikutan keengganan beliau dan anak menandatangani satu Surat Penolakan Harta walaupun didesak oleh keluarga Allahyarham.

Turut mendesak beliau adalah Datuk Bahri serta isterinya Datin Noor Haslina binti Abdullah

Kedua-dua laporan polis beliau pernah disiarkan oleh portal 'Malaysia Today' milik Raja Petra Kamaruddin dalam satu artikel bertajuk "Did Bahri Resign Because of His Abuse of Power" pada 4hb Januari 2017.

"Saya hanya mahukan keadilan bagi saya dan anak saya yang merupakan seorang anak yatim yang telah dinafikan harta pusaka peninggalan Allahyarham bapanya, "kata beliau mengakhiri sidang media tersebut.

Turut hadir ialah aktivis masyarakat Encik Firdaus Kader.



Penafian: azmykelanajaya.com tidak bertanggung jawab ke atas mana-mana artikel yang diambil dari sumber asal. Pihak yang terbabit perlu tampil bersihkan dakwaan.

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top