.... Bakal Terlepas: Pegawai PTD Hina Arwah Adnan Satem Disiasat "Geng Sendiri"? | AAKJ





Masih tular dan semakin panas. Kini isu pegawai PTD yang bertugas di Manila, Filipina menghina kematian Ketua Menteri Sarawak dan Perdana Menteri Malaysia sudah masuk 'chapter' baharu.

Menurut sumber, kini beliau sudah diarah pulang dan telah pun digantung tugas. Baca di SINI


Namun begitu sejauh mana kebenaran situasi ini tidak boleh dipastikan kerana pihak Kementerian Luar atau Wisma Putra nampaknya tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara yang amat serius ini. Disiplin pegawai Kementerian Luar ditahap memalukan.

Timbul persoalan. Benarkah beliau sudah dipanggil balik dan digantung tugas atau baru bermula siasatan? Dan adilkah siasatan yang bakal dijalankan sekiranya wujud alasan yang bakal direka dan kononnya boleh digunapakai untuk membela diri seperti - Akaun facebook milik peribadi telah digodam.

Alasan akaun milik peribadi sudah digodam ini hanya boleh disahkan oleh pakar dan wujudkah pakar di bahagian tatatertib kementerian tersebut?

Teknologi yang ada sekarang ini boleh mengesan samada digodam atau menipu dan sekiranya pegawai PTD tersebut didapati berbohong maka beliau telah melakukan kesalahan yang baru pula.


Kalau pihak Kementerian Luar serius untuk menyiasat pegawai PTD yang lebih dari sekali menghina Perdana Menteri ini maka wujudkanlah satu jawatan kuasa khas untuk menilai isu-isu seperti ini. 

Bimbang jawatan kuasa tatatertib dalaman pun satu geng dengan pegawai PTD tersebut, manalah tahu.





Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top