.... Bahri Meletakan Jawatan Disebabkan Beliau Menyalah Guna Kuasa? | AAKJ



Dia mungkin pegawai kanan SPRM yang paling lantang bersuara. Begitu lantang sehinggakan isteri keduanya mendapat semua butiran mengenai siasatan SRC dan menyebabkan dia berasa bertanggungjawab untuk berkongsi semuanya dengan semua orang di Facebook.

Bahri Mohamad Zain sering menggambarkan dirinya sebagai insan yang takut akan Allah, lambang integriti kakitangan awam yang benar-benar benci terhadap kerajaan sedia ada. Beliau begitu jijik maka Bahri menunggu satu tahun untuk bersara bukannya meletakkan jawatan serta-merta untuk dirinya yang “suci” keluar dari bayang-bayang kerajaan yang jijik.



Katanya kepada wartawan Free Malaysia Today, beliau meletak jawatan kerana merasakan dia telah berdosa terhadap 30 juta rakyat Malaysia kerana gagal untuk membawa kes SRC ke mahkamah.

Walau bagaimanapun, ketika SPRM menghubungi Bahri, beliau menafikan pernah membuat kenyataan tersebut. Jadi, dengan siapa wartawan itu berdialog? Mengapa Bahri berbohong dan tidak mempertahankan alasan beliau? Mengapa dia tidak berintegriti?

Jika penafian dari Bahri adalah benar, maka adakah ini bermakna bahawa peletakan jawatannya tiada kaitan dengan Najib Razak, atau kerajaan, atau MPP? Apakah sebab beliau meletakkan jawatan daripada SPRM pada awal tahun lepas?

Adakah mungkin kerana dua laporan polis yang dibuat terhadap beliau dan isteri keduanya kerana penyalahgunaan kuasa awal tahun lepas?



Rupa-rupanya isteri kedua Bahri, Noor Haslina Abdullah, dalam perebutan harta dengan kakak ipar Noraihan Che Ali, bagi hartanah mendiang suami yang juga merupakan abangnya.

Haslina berkeras tidak memberikan satu sen pun kepada kakak ipar dan telah meminta Bahri untuk menghantar orang-orangnya dari SPRM Putrajaya untuk menyerbu rumah dan pejabat Noraihan untuk menafikan hak beliau untuk akses kepada dokumen-dokumen perniagaan si mati.

Tindakan itu mendorong Noraihan untuk membuat laporan polis terhadap Bahri dan Haslina di Kota Bharu pada 21 Februari 2016 di Balai Polis Kota Bharu. Bagaimanapun, polis tidak bertindak terhadap laporan itu dan tidak melakukan apa-apa.





Apabila polis tidak berbuat apa-apa, Noraihan membuat satu lagi laporan polis terhadap Bahri dan Haslina, kali ini di Balai Polis Presint 7, Putrajaya pada 1 Mac 2016.





Ini menimbulkan persoalan: apa yang Bahri lakukan pada pihak polis sehingga mereka tidak bertindak terhadap kedua-dua laporan tersebut? Adakah Bahri menyalahgunakan kuasanya lagi dengan mengancam pihak polis bahawa beliau akan mengambil tindakan terhadap mereka jika mereka bertindak terhadapnya?

Sekarang Bahri telah bersara maka bukankah kini adalah masa yang sesuai polis mula bertindak ke atas laporan tersebut dan mula berkhidmat orang ramai demi keadilan?

Anda boleh fikirkan apa sahaja. Tetapi jika anda menyalahgunakan kuasa anda supaya isteri anda boleh menafikan hak anak-anak yatim terhadap kekayaan arwah bapa mereka maka anda bukan orang yang takut akan Allah seperti dakwaan anda.

Sebaliknya, anda baru sahaja meletakkan isteri anda lebih tinggi daripada Allah SWT.

Malaysia Today

Artikel Terkini


    Post a Comment Blogger

     
    Top